Cetusan ilham teritip pada kapal, desain rare The Cliff House terkenal dengan jolokan rumah paling bahaya di dunia
SETIAP orang, sudah tentunya memiliki idea tersendiri untuk mereka bentuk kediaman supaya selesa, cantik dan kena dengan bajet.
Kalau dapat tanah yang cantik terutamanya tepi pantai, mesti rekaan tak nak kalah supaya kena dengan view mahal tersebut.
Barangkali itu antara idea luar kotak yang cuba ditonjolkan pereka Modescape untuk mencipta The Cliff House yang kini menjadi sensasi di media sosial.
Lapor Luxuo.com, rumah modular lima tingkat di Australia berkenaan dilihat cukup luar biasa apabila dilihat berpaut pada sisi tebing yang curam.
Cetusan ilham daripada teritip yang melekat pada badan kapal, kediaman moden tersebut seolah-olah tergantung pada dinding tebing.
Sekali pandang, ia cukup menakutkan kerana memberi panorama lautan Pasifik dengan suasana cukup mencemaskan.
Bayangkan desain rumah tersebut hanya bergantung kepada pin keluli untuk menstabilkannya.
Selain mempunyai tiga bilik tidur, ia juga mempunyai ruang tamu dan dapur dengan tingkap gergasi dari lantai ke siling.
Uniknya, laluan masuk hanya melalui parkir dari tingkat atas yang disambungkan dengan kemudahan lift atau tangga.
"Benda ini (buli) boleh je diubah, tak pasti jika itu cara nak buat mental pelakon baharu lebih kuat, tapi pada saya benda itu tidak sepatutnya diteruskan...," ujar Aeril.
Demikian yang dikongsikan oleh pelakon, model dan usahawan Aeril Zafrel tatkala ditemu bual SinaPlus baru-baru ini.
Untuk perkongsian lanjut dengarkan video ini.
Bagi peminat setia Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, lupa dapatkan Sinar Harian menerusi sisipan SinarPlus hari ini untuk mengetahui kisah pasangan ini selanjutnya tentang kontroversi perkahwinan, peralihan bidang seni kepada dunia bisnes, reaksi Aeril tentang kisah penyondol, pengakuan Wawa mengenai perangai suami kesayangannya itu m, tip bahagia dan banyak lagi.
Anda juga boleh layari sinarplus.sinarharian.com.my.
#coversinarplus #wawazainal #aerilzafrel #pelakon #model #usahawan #wawasunscreen #SinarPlus #lifestylesinarharian
Personaliti: NUR HAWA ZAINAL ABIDIN (@wawa_zainal) & SUHAIRIL SUNARI (@aeril_zafrel)
Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Foto: ASRIL ASWANDI
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR
Muzik: LNDO Vacation Mode Instrumental daripada Soundstripe.com
SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news" />
Dekorasi minimalis moden tersebut juga mempunyai ruang istirehat, spa dan kawasan untuk barbeku.
Menurut Modscape Concept, konsep hartanah tepi laut dengan gaya mewah tersebut menjadikan ia pilihan staycation percutian dengan penuh debaran.
“Kedudukan yang unik dengan sambungan rare ke lautan secara menjunam menjadikan ia satu kelainan untuk mereka yang sukakan adventure.
“Ramai yang mempersoalkan bagaimana kediaman itu selamat dibina? Rahsianya terletak pada kecanggihan pin keluli kejuruteraan,” katanya.
Meski reka bentuk dikatakan tidak konvensional, namun arkitek terkemuka, Maxwell Hutchinson berkata, ia bagaimanapun boleh dilaksanakan walaupun berdepan ancaman hakisan pantai.
“Ia merupakan satu pembangunan hartanah yang epik, malangnya masih dalam bentuk konsep.
"Bahkan, ia direka daripada modul prafabrikasi seperti blok lego untuk disesuaikan dengan gaya hidup tepi pantai,” katanya.
Sekali pandang, memang rare betul desain The Cliff House.
Jika dapat direalisasikan, mesti antara destinasi percutian tumpuan bagi mereka yang sukakan kelainan.
Jadi, kalau bagaimana perasaan kalian jika diberi peluang untuk bermalam di sana? Berani tak?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang