Tempat tinggal warga emas ala hotel 5 bintang! Lengkap pelbagai fasiliti & penjagaan kesihatan
Rumah penjagaan warga emas atau persaraan versi moden kini semakin popular sebagai pilihan untuk mereka yang mahu menghabiskan masa tua dengan penuh keselesaan dan aktiviti yang menyeronokkan. Bukan sekadar tempat tinggal, residen ini turut menawarkan gaya hidup baharu yang bebas tekanan, dikelilingi komuniti dan penuh dengan kemudahan bagi memastikan kesihatan fizikal dan mental terus terjaga.
Bayangkan, mereka yang selama ini sibuk bekerja demi keluarga kini boleh meluangkan masa untuk diri sendiri. Masa untuk melakukan hobi lama, bertemu rakan baharu, dan menikmati detik-detik bahagia di usia emas.
Terletak di kawasan strategik iaitu di Lembah Klang, apabila melangkah masuk ke Sunway Sanctuary, anda pasti terlupa bahawa ianya adalah kediaman persaraan. Suasana mewah menyerupai hotel lima bintang, ia menawarkan pilihan penginapan seperti studio moden, suite satu atau dua bilik yang semuanya direka dengan aspek keselamatan dan keselesaan sebagai keutamaan.
Di sini, terdapat tiga kategori penginapan:
Independent Living – Untuk mereka yang aktif, bebas, dan ingin menikmati gaya hidup menyeronokkan bersama komuniti. Semua keperluan disediakan di bawah satu bumbung.
Assisted Living – Dilengkapi penjagaan profesional bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan tambahan dalam kehidupan harian.
Post Discharge Care – Sokongan holistik untuk memulihkan kekuatan, keyakinan, dan mobiliti selepas rawatan perubatan.
Sunway Sanctuary turut menawarkan pelbagai kemudahan yang akan membuatkan penghuni kekal aktif dan terhibur. Ada ruang karaoke, mini teater, perpustakaan, pusat kecergasan, sauna, bilik mesyuarat, bilik permainan dan tidak ketinggalan, kolam infiniti air masin yang dipanaskan.
Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran, Vivien Lim, kolam ini juga digunakan sebagai hidoterapi atau terapi air sambil menikmati panorama bandar.
"Kemudahan yang ada sememangnya mesra pengguna. Misalnya mini teater yang tersedia ruangan khas di bahagian tengah untuk mereka yang menggunakan kerusi roda.
"Sama juga untuk permainan pingpong, terdapat meja yang sedikit kecil dan rendah sesuai untuk mereka menggunakan kemudahan tersebut," kata beliau pada Sinarplus.
Kemeriahan sambutan krismas
Istimewa Disember ini, raikan kemeriahan Krismas ini di Sunway Sanctuary dengan pelbagai aktiviti dan promosi istimewa yang pasti menggembirakan anda! Nikmati makan malam Krismas yang lazat, hiburan dari live band yang memeriahkan suasana, terdapat juga bengkel origami tuala yang kreatif dan mencuba nasib dalam cabutan bertuah Krismas dengan hadiah-hadiah eksklusif yang mengujakan!
Lebih istimewa, Santa Claus turut hadir untuk menceriakan anda, disusuli dengan sesi nyanyian bersama lagu Krismas dan pertunjukan bunga api. Dapatkan semua ini menerusi promosi hebat dengan harga penginapan yang serendah RM880 sahaja untuk dua orang.
"Anda juga berpeluang untuk mendapatkan 10 peratus potongan diskaun jika membuat tempahan awal. Jadi jangan lepaskan peluang!" tambahnya.
Jika dahulu ramai yang meninggalkan stigma buruk kepada anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua, namun kini tidak lagi memandangkan segala-galanya disediakan di bawah satu bumbung seperti Sunway Sanctuary.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang