Cuba 'sentuh' anak tiri, wanita bunuh, potong & masak kurma suami
Cuba 'sentuh' anak tiri, wanita bunuh, potong & masak kurma suami
TAKUTNYA sekarang! Macam-macam kes potong dan masak sebab suami curang, isu seksual dan sebagainya.
Seperti satu kejadian yang berlaku kepada seorang wanita di Pakistan ini. Seorang wanita bertindak kejam membunuh, memotong dan memasak suami akibat terlampau menyimpan amarah.
Zainab Bibi, 54, ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 2011 lalu akibat membunuh, mencincang badan hingga hancur dan merebus suaminya dalam usaha menghilangkan bukti.
Dia didakwa dan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas kerana dia cuba menyerang secara seksual anak perempuannya.
Zainab mendedahkan, dia tidurkan suaminya dengan mencampurkan pil tidur dalam minuman teh dan mencekik suaminya dengan tali sebelum memotongnya.
Untuk menghapuskan bukti Zainab memisahkan anggota badan Ahmad dan memasak kurma dalam periuk besar.
Pun begitu, perkara itu terbongkar setelah jiran di tingkat bawah terhidu satu aroma pelik dari rumah Zainab.
Kerana curiga dia naik ke rumah Zainab dan terkejut melihat wanita itu dibantu seorang anak saudaranya yang berusia 22 tahun ketika itu, Zaheer Ahmed, sedang memasak suaminya.
Baca juga Miliki 7 suami serentak, wanita ini dedah rahsia kahwin ramai semata-mata dapatkan ‘kuasa’
Behzad yang juga merupakan tuan tanah di situ segera melaporkan kepada polis.
Rupanya Zainab bertindak demikian kerana kesal suami yang baru lima tahun dinikahi itu cuba melakukan perbuatan jijik kepada anak perempuannya, Sonia, hasil pernikahan terdahulu yang berusia 17 tahun ketika itu.
Sempat dijatuhi hukuman penjara seumur hidup namun selepas 11 tahun wanita itu dibebaskan dari penjara apabila rayuannya diterima mahkamah.
Justeru, buat wanita berikut perkara boleh dilakukan jika anda terlampau stres dalam kehidupan namun yang penting sebolehnya cuba kawal diri.
5 cara untuk mengatasi stres yang mungkin berkesan untuk wanita;
1. Jangan lupa bersosial untuk atasi stres
Walau betapa sibuk pun anda, cuba cari masa untuk bersosial bersama-sama kawan-kawan atau orang yang tersayang.
Menurut laman sesawang Johns Hopkins Medicine, wanita yang menghabiskan masa berkualiti dengan bersosial kurang berisiko untuk mengalami penyakit jantung.
2. Bersenam dan gerakkan badan anda
Bersenam dapat meningkatkan tahap hormon endorfin di dalam badan. Hormon ini mampu membuatkan anda rasa gembira dan bahagia di samping dapat memastikan jantung kekal sihat.
American Heart Association mencadangkan agar kita melakukan senaman aerobik selama 30 minit, 5 hari seminggu.
Jika anda banyak bekerja sambil duduk, amalkan kaedah 20-2-8. Setiap 20 minit yang dihabiskan duduk, pastikan anda berdiri selama 8 minit dan berjalan selama 2 minit.
Baca juga Stres, penat, migrain ketika bekerja, itu petanda diri burn out. Ini 7 cara mengawalnya
3. Atasi stres dengan bersederhana dalam pemakanan
Jika anda selalu makan sebagai cara untuk mengatasi stres, pilih snek yang sihat seperti salad atau kekacang ketika lapar. Elakkan juga terlampau cepat memesan makanan segera ketika anda sedang tertekan.
4. Wanita, jangan cepat sangat putus asa!
Bak kata orang tua-tua, ada hikmahnya di sebalik semua yang anda alami pada hari ini. Sebagai wanita yang kuat dan cekal, jangan mudah putus asa!
Selain itu, cuba kekal optimis dalam hidup. Ia bukan sahaja akan membuatkan anda lebih tenang, wanita yang optimis juga lebih jarang mengalami penyakit jantung!
5. Cari ‘me time’ anda
Kadang-kadang, wanita habiskan terlalu banyak masa untuk orang lain dan jarang fokus terhadap diri sendiri. Mulai hari ini, pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri atau ‘me time’.
Gunakan masa tersebut untuk menjaga diri anda, makan dengan lebih sihat, bersenam dan melakukan hobi yang anda gemari.
#Pesan Bibir Merah: Suami, tugasnya sebagai ketua keluarga, bertanggungjawab mencari nafkah untuk mengukuhkan ekonomi keluarga dan juga pembimbing setiap individu sesebuah rumah tangga itu.
Jika gagal melaksanakan tanggungjawabnya itu, tak mustahil ia meninggalkan beban dan stres kepada isteri akhirnya mendorong melakukan perkara-perkara di luar kawalan.
Buat suami, lakukanlah tanggungjawab sebaiknya. Anak dan isteri sepatutnya dilindungi bukan dijadikan tempat lempias nafsu serakah.
Sumber: dailymail, Hello Doktor
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang