Dari jalan raya ke udara kurang 3 minit, kereta terbang AirCar bakal dijual dalam masa 12 bulan

A
A
A

MUNGKIN ada di antara kita mengimpikan untuk memiliki kereta terbang setiap kali terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Nampaknya impian itu boleh direalisasikan tidak lama lagi apabila 'AirCar', kereta terbang futuristik yang boleh berubah daripada kereta ‘sport’ kepada pesawat dalam masa kurang tiga minit!

Syarikat pengeluar berkata kenderaan terbang dwi-mod itu sesuai untuk perjalanan santai dan pemanduan peribadi pada masa hadapan.

Walaupun tiada butiran harga telah didedahkan setakat ini, AirCar akan mula dijual dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Menurut laporan Daily Mail, AirCar boleh mencapai ketinggian lebih daripada 8,000 kaki di udara dan kelajuan melebihi 160 kilometer sejam di jalan raya.

Baca juga: Muka dirobek, luka ternganga, berikut kronologi gelombang piranha di Amerika Selatan menyebabkan 4 terbunuh

Ia dianugerahkan status baharunya selepas melengkapkan lebih 200 penerbangan dan pendaratan selama 70 jam menerusi ujian penerbangan yang ketat di bawah piawaian Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA).

Pemaju AirCar berkata ujian itu termasuk rangkaian penuh penerbangan dan manuver prestasi.

Tidak sekadar itu, ia turut menunjukkan kestabilan statik dan dinamik yang menakjubkan ketika dalam mod pesawat.

Baca juga: Teksi terbang bakal beroperasi pada Sukan Olimpik Paris 2024, 30 pengusaha aeronautik seluruh Eropah cuba nasib

Prosedur berlepas dan mendarat AirCar telah dicapai walaupun tanpa keperluan juruterbang untuk mengawal penerbangan.

Rakaman menakjubkan AirCar menarik perhatian ramai pada tahun lalu ia dipandu di landasan sebelum terbang ke udara.

Ia kemudiannya boleh dilihat mendarat, melipat sayapnya dan dipandu di sepanjang lebuh raya di tengah-tengah ibu kota Slovakia.

Baca juga: Jana wang ribuan ringgit, pemuda tak sangka gambar selfie laku keras terjual di pasaran OpenSea

Tidak hanya sebagai pemanduan sendiri, pemaju AirCar turut menambah kenderaan itu juga boleh digunakan sebagai teksi komersial.

AirCar dilengkapi dengan enjin BMW menggunakan bahan api petrol biasa.

Kereta canggih itu difahamkan boleh memuatkan dua orang pada satu masa.

Baca juga: Video tragedi cenuram runtuh timpa bot pelancong tular, 7 maut sekelip mata, berikut kronologi kejadian

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang