SIAPA tidak kenal spesies ikan yang amat agresif iaitu piranha.

Piranha tergolong dalam kumpulan omnivor kecil air tawar itu hidup berkumpulan dan banyak ditemui di Laut Merah dan sungai-sungai di Amerika Selatan.

Piranha mempunyai gigi yang sangat bahaya. Ia setajam pisau, cukup untuk digunakan menggigit dan memakan mangsa sama ada besar ataupun kecil.

Baca juga: Arapaima, ikan air tawar terbesar di dunia ganggu ekosistem ikan tempatan, berikut 23 spesies ikan ‘alien’ lain

Ikan itu juga mempunyai deria bau yang sangat kuat seperti ikan jerung. Ikan ini juga menggemari darah.

Keempat-empat telah ditemui dengan kesan gigitan piranha dalam beberapa kejadian serangan yang mencetuskan gelombang piranha di Amerika Selatan.

Serangan berlaku di Paraguay tercetus apabila orang ramai mengunjungi kawasan rekreasi sungai tempatan semasa gelombang cuaca panas untuk mandi manda dan menyejukkan badan.

Kematian pertama berlaku pada hari pertama tahun baru ketika seorang lelaki berusia 22 tahun sedang mandi di Sungai Paraguay.

Penggera diaktifkan apabila mangsa tiba-tiba hilang. Apabila mayatnya ditemui 45 minit kemudian, beberapa bahagian badannya seolah-olah tercabut dan dimakan oleh piranha.

Baca juga: Selepas Omicron, Muncul Pula Florona, Berikut 8 Info Mengenainya

Serangan kedua juga berlaku di Sungai Paraguay apabila seorang lelaki berusia 49 tahun ditemui mati.

Mangsa telah dilaporkan hilang beberapa jam lebih awal dan ditemui dengan gigitan teruk pada muka. Dalam kes ini, bagaimanapun, dipercayai lelaki itu mati akibat serangan jantung dan selepas itu dia diserang oleh piranha.

Sungai Paraguay adalah salah satu yang terbesar di negara itudi kejiranan Ita Enramada, hanya di selatan ibu kota Asuncion.

Dua lagi individu ditemui mati dengan gigitan piranha pada badan mereka di Sungai Tebicuary di barat daya Paraguay.

Dalam pada itu, beberapa serangan dilaporkan berlaku di Kelab Memancing Bella Vista terhadap orang awam tetapi tidak membawa maut.

Mangsa mengalami kecederaan serius, di Sungai Parana di  terletak di Itapua, di bahagian selatan Paraguay.

Iklan

Susulan itu, satu insiden lain yang dilaporkan di Argentina dilaporkan membabitkan seorang remaja perempuan yang digigit piranha pada jari kaki.

Dalam kejadian lain, seorang lelaki digigit ibu jari kakinya sekali dalam serangan piranha di Sungai Parana. Mangsa cedera teruk pada ibu jari kakinya manakala tumit anak lelakinya terkoyak. Kedua-duanya mangsa mengalami luka yang ternganga!

Menurut media tempatan, serangan seperti itu berlaku semasa cuaca panas pada musim panas di mana spesies ikan itu membiak dan mendekati pantai apabila paras air rendah.

Selepas serangan terbaharu yang menyebabkan 20 cedera dan sekurang-kurangnya dua orang maut, ahli biologi, Argentina Julio Caply mendedahkan walaupun terdapat lapan spesies piranha di negara ini, serangan itu biasanya dilakukan oleh hanya dua jenis piranha iaitu serrasalmus marginatus  danserrasalmus maculatus.

Serrasalmus marginatus

 

Serrasalmus maculatus.

Ahli biologi itu berkata bahawa ikan pembunuh itu kebanyakannya terdapat di Sungai Parana yang terletak di tengah Amerika Selatan dan mengalir dari Brazil, Paraguay dan Argentina sejauh 4, 880 kilometer.

Caply berkata piranha cenderung bersembunyi di bawah tumbuhan akuatik terapung sebelum tiba-tiba menyerang mangsa.

Iklan

Penduduk tempatan kini telah diberi amaran untuk mengelak mandi di sungai semasa musim pembiakan piranha, khususnya kawasan dengan tumbuhan terapung di mana piranha bertelur.

Ikan piranha memburu bersama dan memakan hasil buruan mereka bersama.

Walaupun kecil, ia sangat ganas dan hanya mengambil masa kurang satu minit untuk memakan seekor anak burung bangau.

Baca juga: MySJ Trace Ganti Fungsi Check-Out, Ini Cara Kemas Kini Di Aplikasi MySejahtera

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Daily Mail