SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Perumpamaan tersebut sesuai digunakan untuk sepasang suami isteri dari Kansas, Amerika Syarikat selepas taktik licik ‘songlap’ wang pencen bapa mereka berjumlah AS$215,000 (RM1.1 juta) terbongkar.

Lebih kejam lagi, mereka tergamak menyembunyikan mayat Mike Carroll selama enam tahun di dalam rumah semata-mata untuk kesenangan diri.

Anak perempuannya, Lynn Ritter dan menantu, Kirk Ritter masing-masing berusia 61 tahun itu sanggup berkomplot demi mengambil wang persaraan bulanan bekas pekerja telekomunikasi tersebut.

Baca juga:Kanak-kanak 5 tahun maut, tertinggal empat jam dalam kereta ibu di parkir hospital

Menurut pihak berkuasa, perentak jantung Mike menunjukkan dia meninggal dunia pada 2016 pada usia 81 tahun.

Tetapi polis tidak menemui mayatnya sehingga 2022 selepas Kirk menghubungi polis untuk melaporkan kematian bapa mertua.

Baca juga:Kanak-kanak dua tahun meninggal dunia akibat kelaparan selepas bapanya maut diserang sakit jantung

Pendakwa raya berkata, pasangan itu berbelanja sakan dengan menggunakan wang dalam akaun bank milik Mike sementara mayatnya ditempatkan atas katil di rumah yang didiami mereka.

Ahli keluarga turut memberitahu bahawa Lynn sentiasa memberi alasan jika mereka mahu melawat Mike.

Bahkan, untuk menelefon pun tidak dibenarkan selain menegaskan bapanya sihat.

Namun, selepas kes ini tersebar, mereka baru sedar bahawa Mike sudah meninggal dunia sejak enam tahun lalu dan anak serta menantunya menyembunyikan kematian semata-mata untuk mencuri duit pencennya.

Iklan

Pasangan itu dijangka hadir di Mahkamah Persekutuan untuk menghadapi beberapa pertuduhan pada 2 Februari ini.

Pendakwa raya berkata, pencen dan bayaran Keselamatan Sosial yang diterima Carroll dalam tempoh enam tahun selepas kematiannya berjumlah $216,067.

Sumber: The Kansas City News

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang