Diberi yogurt beracun, nyawa 2 anak melayang, bapa tidak puas hati bekas isteri temui pengganti

A
A
A

IBARAT marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Demikian perumpamaan tepat mengenai tindakan lelaki bergelar bapa ini yang sanggup meracuni dua orang anaknya hanya kerana bekas isteri terlebih dahulu menemui pengganti.

Lazimnya pasangan bercerai akan mendahulukan zuriat sendiri dalam segala hal. Malah perasaan cemburu tidak lagi wujud terhadap bekas pasangan. Justeru tidak menjadi masalah jika duda atau janda ingin bernikah lagi.

Baca juga: Anak tersilap buat ‘mini love’, bapa mohon maaf, ini sebab rayu video diturunkan

Baca juga: Selain ibu, bapa juga sebak, sampaikan khutbah nikah anak sendiri, Dr Zulkifli menitiskan air mata

Rojano membuat pengakuan di balai polis selepas mengalami kekejangan teruk dipercayai akibat racun

Namun lain pula halnya bagi seorang bapa di Bolivia ini, Javier Hernández Rojano, 37, yang sanggup membunuh anak sendiri kerana cemburu bekas isteri bertemu orang baru.

Kejadian bermula apabila bapa berkenaan memberitahu bekas isterinya bahawa dia mahu membawa anak mereka yang berusia tujuh dan empat tahun membeli kasut baharu.

Namun yang terjadi adalah sebaliknya. Rojano membawa dua kanak-kanak itu pulang ke rumahnya menyuapkan yogurt yang mengandungi cecair racun serangga.

Baca juga: Bayi 6 bulan maut, gigih dibawa bapa 12 jam menaiki motosikal untuk tonton bola sepak

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun maut, ibu bapa cuai tertinggal 6 jam dalam kereta suhu 35 darjah Celsius

Rojano dan dua anaknya yang tidak berdosa. Di kediaman inilah kanak-kanak malang itu menghembuskan nafas terakhir

Malah bapa yang tidak berhati perut itu juga turut cuba menamatkan riwayat diri dengan memakan cecair toksik itu sebelum mengalami kekejangan teruk.

Susulan meneguk racun, Rojano sakit tenat. Dia bertindak pergi ke balai polis untuk membuat pengakuan telah membunuh anak-anaknya. Rojano kemudiannya menerima pertolongan cemas.

Rojano menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama beberapa minggu untuk pulih. Dalam masa yang sama, dia menyesali apa yang berlaku dan memohon maaf daripada ahli keluarga kerana membunuh anak-anaknya.

Rojano mengaku kepada polis tentang motif pembunuhan adalah berpunca daripada rasa cemburu bekas isterinya telah bertemu dengan orang baru.

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun rentap tangan melulu lintas jalan cetus kemalangan, 8 tip ini ibu bapa perlu tahu

Baca juga: "Sedia siap-siap baju sekolah, baju raya." - Dua perbelanjaan besar tahun depan, ibu bapa kena berhemah dalam berbelanja!

“Si bapa memberi racun serangga kepada mangsa selepas cemburu kerana bekas pasangannya dan ibu kepada kanak-kanak berkenaan menjalinkan hubungan dengan orang lain,” kata polis.

Kes itu mencetuskan gelombang protes di sekitar bandar La Paz di mana penduduk menuntut keadilan atas kematian mangsa.

Demonstrasi diketuai oleh guru dari Institut Pendidikan Pertanian Teknikal di mana kanak-kanak itu bersekolah.

“Apa yang terjadi amat menyedihkan kerana kedua-dua mangsa adalah pelajar kami. Kami menolak semua bentuk keganasan terhadap kanak-kanak." kata Rektor Institut, Francisco Daza.

Rojano dijatuhkan hukuman penjara 60 tahun atas kekejaman yang dilakukan.

Semoga kes ini menjadi pengajaran. Bagi pasangan yang berpisah, belajar menerima kenyataa dan move on. Berlapang dadalah dengan apa yang terjadi.

Baca juga: Ibu bapa pergi gathering, tergamak tinggal jasad bayi ‘membusuk’ di rumah

Baca juga: Dua beradik dicampak dari tingkat 15 oleh bapa kandung sendiri, kisah tragis ini buat ramai berang

Sumber: Mirror UK, The Sun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang