BAYI berusia enam bulan mempunyai tahap imuniti yang masih lemah dan tidak matang. Kisah pilu bayi lelaki maut gara-gara dibawa ibu bapa menempuhi perjalanan jauh selama 12 jam semata-mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak menjadi perhatian ramai.

Anak kecil masih tidak mampu melindungi diri. Justeru ibu bapa yang diamanahkan bertanggungjawab memelihara, mencegah dan menjaga mereka daripada perkara yang membahayakan.

Baca juga: Bayi sebulan dirampas monyet liar ketika menyusu, maut di hadapan ibu

Baca juga: Ibu bapa pergi gathering, tergamak tinggal jasad bayi ‘membusuk’ di rumah

Seorang bayi lelaki di Jawa Tengah, Indonesia ini menghembuskan nafas terakhir gara-gara sesak nafas selepas dibawa menaiki motosikal dalam perjalanan sejauh 500 kilometer oleh ibu bapa berusia 38 dan 37 tahun semata-mata hanya untuk menonton bola sepak.

Lapor Tribun News, perkara itu dikongsikan oleh si bapa sendiri, Al-Fajri pada laman sosial Twitter.

“Awalnya kami sekeluarga bermotosikal dan bertolak pada pukul 5.38 petang, Sabtu dan tiba di Surabaya pada pukul 07.15 pagi, Ahad.

“Ketika itu anak saya batuk berkahak dan tiba-tiba sesak nafas. Kami kemudian membawanya ke Hospital Ewa Pangalila, Mt. Sari.

“Anak tidak mendapat bantuan maksimum kerana peralatan itu tidak mencukupi. Anak kami sudah dirujuk ke Rumah Sakit Angkatan Laut (RSAL) pada awalnya. Namun kerana sukar untuk mendapatkan ambulans walaupun kami adalah pesakit rujukan, kami akhirnya membawanya sendiri dengan motosikal.

Baca juga: Iltizam Anak Selangor untuk bayi kelahiran 2022, ini syarat, cara mohon perlu ibu tahu

Baca juga: Elak bawa ke pawagam, doktor dedah 4 risiko terhadap kesihatan bayi

“Saya terpaksa berhenti kerana lampu isyarat merah di hadapan pusat beli-belah DTC Wonokromo dan kereta api. Akhirnya si kecil sudah terlalu lemah dan tidak dapat diselamatkan walaupun doktor di RSAL telah mencuba sedaya upaya,” luah si bapa.

Walaupun dibantu oleh doktor di RSAL, akhirnya bayi kecil itu meninggal dunia.

Kini hanya kekesalan yang dirasai oleh lelaki itu. Beliau mengakui sebelum ini pernah membawa bayinya yang berusia enam bulan itu dalam perjalanan jauh. Namun kali ini berakhir tragis.

“Pertimbangan bodoh saya, ketika perjalanan jauh perlawanan bola sepak sebelum ini keluarga saya baik-baik saja. Tetapi kali ini saya cuai melindungi keluarga.

“Tolong, pembuli usah mencaci pada wall (laman sosial). Saya sendiri mengakui kesilapan dan kecuaiansebagai ibu bapa. Tolong jangan ditiru,” titipnya.

Susulan peristiwa memilukan itu, Tribun News melaporkan Pakar Pediatrik, Dr. Kurniawan Satria Denta tidak menyarankan bayi dibawa menaiki motosikal sama ada dalam perjalanan dekat mahupun jauh.

Baca juga: Bayi maut selepas sejam dilahirkan, doktor ini kongsi bahaya kuman GBS

Iklan

Baca juga: 18 tulang rusuk, dua kaki patah, kepala lebam digoncang, bayi 10 minggu maut angkara ibu sendiri

Kredit foto: Pexels (Juan Pablo Serrano Arenas)

Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan penunggang motosikal dan pembonceng motosikal merupakan pengguna jalan raya yang paling ramai menderita akibat kecederaan dan kematian.

Antara saranan yang diberikan ialah tidak membawa bayi dan kanak-kanak semasa menunggang motosikal.

ANEKDOT

-Sistem imun bayi tidak berfungsi sepenuhnya semasa dilahirkan dan lebih kuat apabila bayi semasa mereka membesar.

Bayi pramatang mempunyai risiko kematian lebih tinggi sekiranya dijangkiti kuman kerana antibodi mereka yang sangat lemah berbanding bayi dilahirkan cukup bulan.

Iklan

-Selepas kelahiran, bayi menerima antibodi yang daripada kolostrum dan susu ibu. Justeru, budayakan penyusuan susu ibu untuk membina ketahanan tubuh anak.

-Ibu bapa perlu peka lima tanda kesakitan pada bayi. Jika berlaku jangan dilengahkan untuk dapatkan rawatan segera.

  • Kesukaran bernafas atau mengalami masalah pernafasan
  • Warna kulit atau bibir kebiruan
  • Dehidrasi
  • Demam
  • Kelesuan atau tidak sedarkan diri

Baca juga: Pilunya, bayi 8 bulan ditemui kebuluran, setia di sisi jasad ibu tidak bernyawa 2 hari

Sumber: Tribun news, Cleveland Clinic

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan