DERA sampai mati! Begitu tragisnya kisah seorang kanak-kanak perempuan yang dibiarkan kelaparan sehingga menemui ajal di California, Amerika Syarikat.

Lapor Mirror UK, Arabella McCormack yang berusia 11 tahun dilaporkan mengalami kekurangan zat makanan yang teruk selepas disahkan meninggal dunia di rumah keluarga angkatnya.

Arabella bersama dua beradiknya dijaga oleh Leticia McCormack, 49, dan suaminya, Brian yang mengambil mereka sebagai anak angkat pada tahun 2019.

Menurut rekod polis, suspek yang tinggal bersama kedua ibu bapanya, Stanley dan Adella Tom didakwa telah menyeksa tiga beradik berkenaan tanpa belas kasihan.

Lagi teruk, bukan sahaja dibiarkan kelaparan tanpa sebarang makanan, kanak-kanak malang tersebut juga dipukul dengan kejam menggunakan kayu.dera sampai mati

Pada mulanya, suspek dan ahli keluarganya melayan kanak-kanak terbabit dengan teruk termasuk melarang mereka menggunakan bilik air dan makan.

Kemuncaknya, Arabella dikejarkan ke hospital pada Ogos lalu kerana dikatakan tidak sedarkan diri.

Hasil siasatan lanjut mendapati, si kecil itu mengalami pengurangan berat badan yang teruk iaitu hanya 22 kilogram ketika disahkan meninggal dunia.

dera sampai mati

Pada masa sama, kanak-kanak perempuan berkenaan dikesan mengalami kecederaan 15 tulang patah dalam beberapa bulan sebelum kematiannya.

Baca juga Ditinggalkan ibu, bayi 3 bulan didera bapa sampai mati, berikut kronologi kejadian menyayat hati

Lebih mengejutkan, suami suspek bertindak membunuh diri selepas siasatan dijalankan pihak polis.

dera sampai mati

PENDERAAN BERTERUSAN

Menurut pendakwaan peguam daerah, penderaan tragis tersebut turut dibuktikan dengan mesej teks antara Leticia dan suaminya.

Dalam mesej tersebut, Brian berkata, dia percaya Arabella sedang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan akibat kelaparan dan akan mati tidak lama lagi.

dera sampai mati
Leticia McCormack.

Meskipun tahu kanak-kanak tersebut sudah kebuluran dan lemah, namun mereka masih membiarkan tanpa sebarang tindakan untuk menyelamatkannya.

Pihak peguam bela menegaskan bahawa suspek merupakan individu yang tidak bertanggungjawab kerana mendera dan menganiaya insan tidak bersalah.

Baca juga Romantis di media sosial, rupanya penyanyi wanita mangsa dera, dakwa suami curang cekik, hempas ke lantai

Ahli keluarga suspek juga bersubahat dengan perbuatan terkutuk tersebut kerana mereka ‘bekerjasama’ memberi kesengsaraan kepada mangsa.

dera sampai mati

Ketiga-tiga suspek turut didakwa atas pertuduhan penderaan dan penyeksaan terhadap kanak-kanak, malah permohonan ikat jamin juga ditolak mahkamah.

Iklan

Akhirnya, nasib dua beradik yang masih terselamat dapat dibela dengan sewajarnya.

Baca juga Kejamnya, kanak-kanak lembam terbuang air besar dalam seluar didera sampai mati oleh ibu kandung sendiri!

dera sampai mati

Sebenarnya, banyak kes sama dilaporkan antaranya:

1. Sebuah video viral mengenai seorang wanita yang didakwa mendera anak angkatnya dengan menarik rambut di hadapan rumah di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada Ogos 2022. Bagaimanapun, wanita berusia 60 tahun sudah ditahan polis di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

2. Seorang wanita didakwa mendera bayi berusia 16 bulan di Korea Selatan sehingga menyebabkan kematian. Mangsa, Jung-In dipukul dengan ganas hingga menyebabkan kecederaan dalaman yang membawa maut pada 13 Oktober 2020.

Baca juga Sayunya, ditinggal ibu ayah mencari rezeki, anak 3 tahun maut dalam jagaan kenalan bapa. Berikut 10 info berkaitan

Iklan
dera sampai mati
Mangsa, Jung-In dipukul dengan ganas hingga menyebabkan kecederaan dalaman yang membawa maut pada 13 Oktober 2020.

3. Pada April hingga November 2017, dua anak angkat dilaporkan meninggal dunia selepas didera keluarga angkat, Fort Bragg. Mereka disahkan mengalami kecederaan teruk akibat dipukul sehingga patah tulang pada beberapa bahagian badan.

Sesungguhnya, pelaku diharapkan dapat diberikan hukuman setimpal demi membela nasib anak-anak yang tidak berupaya.

dera sampai mati
Kredit foto: Jep Gambardella

Lebih malang jika mangsa diambil daripada rumah jagaan dan dijaga keluarga yang mempunyai niat jahat.

Moga insiden menyedihkan ini memberi iktibar buat kita semua.

Jika terdapat kes sama yang berlaku di kawasan kejiranan, bertindaklah mengikut undang-undang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi