Dikritik gara-gara badan berisi, Aishwarya Rai kini semakin jelita. Pelakon tersohor itu dedah rahsia

A
A
A

KECANTIKAN luar biasa yang dimiliki pelakon Bollywood, Aishwarya Rai membolehkan beliau meraih gelaran wanita tercantik dunia.

Namun, itu ketika beliau belum mendirikan rumah tangga.

Selepas melahirkan anak perempuannya, Aaradhya kira-kira 12 tahun lalu, isteri kesayangan Abhishek Bachchan melalui fasa perubahan apabila sukar menurunkan berat badan.

Tiada lagi bentuk badan ideal seperti sebelum ini. Tubuhnya semakin berisi sehingga mengundang perhatian ramai.

Lebih malang lagi, gambar beliau dimanipulasi dan dijadikan bahan gurauan menerusi media sosial.

Baca ni Alami PCOS & berat cecah 96kg, penampilan baharu Sara Ali Khan seperti model bikin ramai kagum. Ini rahsianya yang ramai tak tahu!

TERBUKA TERIMA KRITIKAN

Pun begitu, beliau tidak cepat melatah. Sebaliknya, pelakon filem Dhoom 2 itu menganggap perubahan tersebut sebagai lumrah yang akan dilalui bukan sahaja selebriti, bahkan wanita biasa lain yang berkahwin dan memiliki anak.

"Mungkin mereka yang berbuat demikian berasa bahagia dan punya banyak masa untuk menjatuhkan orang lain.

"Justeru, tidak perlu peduli tentang itu. Biarkan mereka bantu diri mereka sendiri," ujar beliau yang terbuka menerima kritikan.

Kini, bekas Ratu Dunia 1994 itu sudah memasuki usia 48 tahun. Wajahnya tetap jelita tanpa dimamah usia.

Menariknya, pelakon yang banyak menjulang banyak anugerah itu juga berjaya menurunkan berat badan dan akhirnya tampil langsing seperti model peragaan.

Baca lagi 'Tidak boleh mengandung, anak warisi genetik.' Kisah pasangan kerdil dan tiga anak ini undang sebak!

AMAL JUS LEMON SUAM

Menerusi perkongsian portal Times of India, Aishwarya atau mesra disapa dengan Aish memberitahu, beliau mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan.

Biarpun beliau mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan nasi, anak kelahiran Mangalore, Karnataka, India itu tidak mampu meninggalkan menu kegemarannya iaitu masakan kari ikan dan ayam ala Mangalore.

Pada masa sama, beliau juga rajin mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.

Amalan tersebut dikatakan banyak membantu beliau menurunkan berat badan selain aktif mengamalkan yoga.

Baca lagi 'Tidak boleh mengandung, anak warisi genetik.' Kisah pasangan kerdil dan tiga anak ini undang sebak!

Hmm... kalau Aishwarya boleh, kita yang sedang membacanya berisi, boleh jadi macam beliau, kan? Paling penting ada kemahuan dan tekad.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang