Gara-gara permintaaan dibelikan skincare ditolak, remaja ini sanggup ugut ibu sendiri dengan pisau

No Image Caption
A
A
A

BARU-baru ini tular di media sosial memperlihatkan seorang remaja perempuan cuba mengancam ibu kandungnya dengan menggunakan sebilah pisau.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada kekecewaan remaja berusia l5 tahun itu setelah ibunya menolak untuk membeli produk penjagaan kulit yang diinginkan anaknya.

Produk kecantikkan itu dipercayai sangat diperlukan oleh anak perempuannya yang mesra dipanggil ANZ demi mendapatkan kulit yang lebih cerah.

Menerusi video tular, ANZ terlihat pulang ke rumah dengan menuntun basikal dalam keadaan marah sebelum berteriak dan bertindak agresif.

Artikel Berkaitan:

Kemarahannya memuncak ketika ANZ masuk ke dalam rumah dan mengambil pisau lalu mengancam ibunya di luar perkarangan rumah.

Namun, situasi tegang itu akhirnya reda setelah neneknya bertindak mengetuk tangan ANZ dengan batang penyapu, menyebabkan pisau terlepas dari genggamannya.

Kejadian yang berlaku di Kabupaten Pemalang, Jawa Tengah itu mengundang perhatian ramai serta mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet

Susulan kejadian, pihak polis segera mendatangi rumah remaja tersebut untuk menyiasat perkara yang berlaku.

Meskipun tindakan ANZ boleh dikenakan hukuman undang-undang, ibu bapanya memilih untuk tidak membuat laporan polis.

Sebaliknya, mereka bertekad mendapatkan bantuan pakar psikologi bagi menangani masalah anak mereka.

Walau bagaimanapun, pihak polis tetap memberikan nasihat dan berjanji untuk terus memantau tingkah laku remaja tersebut bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Menurut pihak berkuasa, ANZ sememangnya dikenali memiliki sifat pemarah, namun kejadian kali ini dianggap serius kerana melibatkan ancaman nyawa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang