Gara-gara tak tahan dengar anak menangis, bapa bunuh dengan tekup muka bayi dengan bantal

A
A
A

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Itu perkataan yang sesuai menggambarkan sikap kejam seorang bapa yang ditahan atas tuduhan membunuh bayinya sendiri.

Manakan tidak, suspek Mohammad Sholeh Ika Saputra sebelum itu berpura-pura melaporkan kehilangan bayinya.

Malah, dia turut berpura-pura melakukan ritual dengan menabur beras yang dicampur kunyit dan garam di sekeliling rumah dengan alasan mahu membantu pencarian bayinya, Naura.

Baca ni Alami PCOS & berat cecah 96kg, penampilan baharu Sara Ali Khan seperti model bikin ramai kagum. Ini rahsianya yang ramai tak tahu!

Sumber gambar Tribunjateng.com/Mazka Hauzan Naufal

Selain itu, suspek juga sengaja menunjukkan rasa bimbang dan menyertai keluarga membaca Surah Yasin 41 kali dan ayat Kursi 110 kali sebagai ikhtiar mencari bayinya.

Namun, sebenarnya itu adalah taktik kotor suspek untuk mengaburi dan menutup kesalahannya itu.

Lapor Tribun News, mangsa yang dikenali sebagai Naura dilihat kali terakhir sedang nyenyak tidur di dalam bilik sebelum dilaporkan ‘hilang’.

Mayat si kecil yang berusia tiga bulan itu kemudiannya ditemui dalam timbunan sampah di tebing sungai Kampung Kaliampo, Margorejo di kota Pati, Jawa Tengah kira-kira 3 kilometer dari kediaman suspek.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

Sumber Tribunnews

TERGANGGU DENGAN TANGISAN

Selepas soal siasat dijalankan, perbuatan kejam tersebut terbongkar selepas suspek akhirnya mengaku membunuh bayi sendiri dengan cara menekup dengan bantal sehingga mangsa lemas dan tidak bernafas.

Suspek memaklumkan, dia agak emosi dan terganggu dengan tangisan bayi sendiri.

Walaupun menyatakan penyesalan, nasi sudah menjadi bubur.

"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan secara spontan menekupnya (Naura) dengan bantal sehingga meninggal dunia," akui Mohammad Sholeh.

Difahamkan ketika kejadian, berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya selepas wanita itu memberitahu kurang selesa kerana tinggal di rumah ibu bapa suspek.

Baca lagi 'Tidak boleh mengandung, anak warisi genetik.' Kisah pasangan kerdil dan tiga anak ini undang sebak!

Sumber Tribunews

 

Malah, isterinya itu turut menuntut perceraian.

Menurut penduduk kampung, suspek yang berkahwin muda itu tidak bekerja dan hidup di bawah tanggungan ibu bapa yang berniaga di pasar.

"Kami begitu terperanjat selepas mengetahui perbuatan suspek kerana sebelum ini dia yang membuat laporan kehilangan bayinya.

"Malah, suspek turut dilihat berkumpul dengan ahli keluarga yang lain sambil membaca doa supaya anaknya ditemui kembali," dedah salah seorang penduduk kampung.

Baca lagi 'Tidak boleh mengandung, anak warisi genetik.' Kisah pasangan kerdil dan tiga anak ini undang sebak!

Sumber: Tribunnews

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang