MALANG tidak berbau. Itu perumpamaan yang sesuai menggambarkan nasib seorang kanak-kanak apabila beliau terjatuh ketika bermain gelongsor di Lapangan Terbang Changi, Singapura, lapor Mothership.sg.

Kejadian berkenaan menyebabkan kepala budak kecil berusia lima tahun itu terhentak dan mengenai satu penghadang besi berhampiran alat permainan itu.

Menurut bapa mangsa, insiden tersebut berlaku dengan sangat pantas.

Beliau semakin panik apabila mata sebelah kanan anaknya berlumuran dengan darah dan cermin mata yang dipakai turut pecah.

Kornea cedera

Ujar lelaki itu, anaknya terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut selepas kondisi si cilik itu agak teruk.

Kredit foto: Ksenia Chernaya

“Doktor mengesahkan terdapat serpihan kaca telah memasuki ruang kornea matanya.

Sungguh menghibakan apabila kecederaan itu telah menyebabkan pancaindera penglihatan terjejas dan kini tidak boleh melihat dengan sempurna.

Baca juga: Kasih ibu tiada tandingan, wanita cedera parah bertarung harimau selamatkan bayi

“Anak saya telah hilang 80 peratus keupayaan melihat pada mata sebelah kanan. Saya meletakkan wajah dihadapan mukanya, namun dia sama sekali tidak nampak,” katanya.

Besar kemungkinan mata sebelah kiri anak beliau akan mengalami masalah.

Selain di Singapura, SinarPlus rangkumkan beberapa kes yang membabitkan kecederaan melibatkan mata yang berlaku di seluruh dunia:

1. Kanak-kanak maut bermain berhampiran landasan kereta api

Kredit foto: Irina Iriser

– Tragedi menyayat hati itu berlaku di Sri Kiratpur Sahib, India dan kejadian telah meragut tiga nyawa kanak-kanak.
– Difahamkan, kanak-kanak yang terbunuh itu mahu memetik buah diseberang landasan.
– Dua orang daripada mereka maut di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia setelah menerima rawatan di hospital.

2. Seorang kanak-kanak cedera diserang seekor anjing

Iklan
Kredit foto: Svetozar Milashevich

– Insiden berlaku di Old Forge Road, Enniscorthy, Ireland.
– Saksi berkata, mangsa telah digigit oleh anjing berbaka American bull dog. Kejadian menyebabkan kanak-kanak itu menjerit kesakitan dan mengalami pendarahan yang begitu banyak.
– Kanak-kanak berkenaan dilaporkan telah cedera pada bahagian kepala, tekak dan muka. Difahamkan, mangsa kini dirawat di Hospital Kanak-kanak Crumlin di Dublin kerana kecederaan yang begitu teruk.

3. Dua orang kanak-kanak cedera akibat letupan bom

Kredit foto: Luna Lovegood

– Kejadian itu berlaku di Malda, India telah menyebabkan letupan berlaku.
– Menurut laporan, dua orang kanak-kanak bertindak untuk bermain dengan bom yang rupanya persis seperti bola.
– Tanpa disangka-sangka kegembiraan mereka bermain telah bertukar menjadi tragedi apabila bom itu meletup.

Tiada seorang pun yang menginginkan kejadian seperti itu berlaku kepada anak-anak, namun perkara seperti itu bukan kejadian yang boleh diramal.

Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa, anda semua perlu memerhati tingkah laku dan gerak-geri anak-anak supaya perkara yang tidak diinginkan dapat dicegah.

Iklan

Baca juga: Kanak-kanak 2 tahun maut terjatuh kerusi bayi, berikut 10 info kronologi kejadian

Baca juga: Sedihnya! Ibu temui anak perempuan terjatuh dari kondominium, 8 info kes berkaitan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi