PEMILIK sebuah kediaman terkejut apabila menemui anak patung kain misteri ala Annabelle di dalam dinding rumah barunya.

Jonathan Lewis, 32, mengambil kunci rumah barunya di Walton, Liverpool, pada Jumaat dan mengambil keputusan untuk memeriksa bahagian kosong di bawah tangga kediaman itu.

Guru sekolah rendah itu telah memecahkan dinding bawah tangga dengan tukul. Dia kemudian menemui boneka kain yang memakai gaun, anak patung itu turut ‘memegang’ nota ‘puaka’ pada ribaannya.

Catatan itu menerangkan bagaimana dia telah menikam pemilik asal rumah itu pada tahun 1961.

Bagaimanapun ,Lewis sebelum ini diberitahu oleh ejen hartanah bahawa dapur kediaman berkenaan baru sahaja diubahsuai empat atau lima tahun yang lalu.

“Pembaca yang dihormati / pemilik rumah baru, terima kasih kerana membebaskan saya!

“Nama saya ialah Emily. Pemilik asal saya tinggal di rumah ini pada tahun 1961. Saya tidak menyukainya dan mereka harus ‘pergi.’

“Yang mereka lakukan hanyalah menyanyi dan bergembira. Ia menyakitkan. Menikam adalah pilihan kematian saya untuk mereka, jadi saya harap anda mempunyai pisau.

“Harap awak tidur lena.” 

Catatan yang ditemui bersama patung berkenaan.

Menurut Lewis, dia pada mulanya nampak dawai yang terkeluar daripada bahagian dinding berkenaan.

‘Saya mengetuk sedikit dinding berkenaan untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Bila lubang sebesar penumbuk kemudian, saya nampak ada anak patung diletakkan di situ,” katanya.

Baca juga Gurauan Melampau, 5 Sekawan Temui Ajal Kerana Hand Sanitizer

Iklan

Lewis telah didesak oleh rakan-rakannya untuk menjual kembali hartanah barunya tetapi guru itu mengatakan bahawa penemuan yang menakutkan itu melucukan.

‘Sejujurnya saya menganggap semuanya lucu. Surat itu mengatakan tahun 1961 tetapi ejen harta tanah beritahu bahawa dapur tersebut hanya diubahsuai dilakukan empat atau lima tahun yang lalu.

“Saya rasa ia mesti baru diletakkan di sana ketika itu kerana kertas itu tidak lusuh dan kelihatan agak baru,” kata Lewis.

Iklan
(Kiri) Patung Annabelle yang asal diperbuat daripada kain. Manakala sebelah kanan ialah Emily patung yang ditemui di kediaman berkenaan.

Menemui anak patung dan nota sebegini tentunya pengalaman menyeramkan. Mungkin juga ia adalah muslihat pemilik sebelum ini untuk mengelakkan kediaman itu dibeli orang lain.

Menariknya, sesetengah negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang tertentu yang mewajibkan penjual hartanah mendedahkan jika rumah yang dijual berhantu. Namun undang-undang seumpama itu tidak wujud di United Kingdom.

Sumber: Daily Mail