SUASANA sayu menyelubungi ruang Dewan Tuanku Canselor ketika Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud menganugerahkan ijazah secara anumerta kepada Duta Besar P4lestin, Walid A. M. Abu Ali.

Walid menerima ijazah berkenaan mewakili pasangan suami isteri iaitu Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber Manusia), Dr Mohammed J. H. Alzaanin dan Kholoud M. H. Elzaneen yang merupakan graduan Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi.

Kedua-duanya disahkan terbunuh dalam serangan pada 8 Oktober 2023 di perkampungan mereka di Bait Hano. Turut terkorban tiga anak mereka.

Bagaimanapun, seorang lagi anak lelaki pasangan itu, Jamil Mohammed disahkan selamat.

Baca juga: ‘Saya percaya ALLAH SWT akan berikan juga kemenangan kepada Palestin.’ Doa Siti Nurhaliza untuk Bumi Anbia

Baca juga: ‘Saya anggap ini jihad kecil’. Lantang bersuara P4lestin, kontrak Kaka Azraff ditamatkan

Baca juga: ‘Ibu akan beri kamu biskut sayang.’ Anak maut dalam serangan, wanita Palestin peluk pengikat rambut runtun hati warga maya

Walid yang ditemui pemberita berkata, beliau berbesar hati dan turut menzahirkan rasa terima kasih kepada USIM kerana telah menganugerahkan ijazah Doktor falsafah dan Sarjana kepada Mohammed serta Kholoud yang sepatutnya hadir meraikan hari kejayaan mereka menamatkan pengajian.

Beliau dalam masa yang sama menitip harapan agar rakyat dan kerajaan Malaysia meneruskan sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin yang terkesan dalam peperangan yang melibatkan rejim Zionis.

Terdahulu, graduan Ijazah Doktor Falsafah Universiti Malaya yang berasal dari P4lestin maut dalam serangan di bumi anbia itu.

Allahyarham Dr Rami Hussein sepatutnya menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63 universiti itu pada 25 November 2023 lalu.

Iklan

Hantaran memilukan pensyarah, Dr Asyraf Isyraqi Jamil yang berkongsi mesej terakhir arwah di laman sosial meruntun hati warga maya.

“Mesej terakhir yang saya terima daripadanya sebulan yang lalu sangat menyentuh hati dan mesej-mesej saya selepas itu tiada lagi menerima balas daripadanya.

“Kami ingin sekali bersama kalian (menghadiri konvokesyen selepas menerima emel jemputan), namun peperangan yang zalim ini tidak mengizinkan kami untuk itu.

“Kami dihalau dari rumah-rumah kami, musuh-musuh durjana membunuh beribu-ribu mangsa yang syahid dan puluhan ribu mangsa juga cedera.

“Kami memohon kalian dapat mengingati kami dalam acara-acara kalian, sampaikan mesej kami ke seluruh dunia. Terima kasih universitiku, Universiti Malaya. Terima kasih guru-guruku yang dikasihi,” titip Dr Rami.

Iklan

Kisah keluhuran dan setia mereka mempertahankan tanah air menjadi inspirasi. Innalillahi wainna ilaihirojiun. Al-Fatihah buat insan-insan yang syahid di sana, moga roh mereka dicucuri rahmat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang