Isteri maut disamun, rupanya suami dalang. Berlakon meratap lepas kantoi selingkuh. 'Sanggup hantuk kepala sendiri beberapa kali...'
TRAGEDI menyayat hati bertukar menjadi kisah pengkhianatan yang mengejutkan.
Seorang wanita, Petri Sihombing, 35, ditemui mati dalam keadaan tragis, disangka mangsa rompakan kejam.
Namun siasatan lanjut mendedahkan sesuatu yang lebih mengerikan apabila dalangnya adalah suami sendiri!
Demi menutup skandal curang, si suami sanggup merancang pembunuhan kejam dan berlakon seolah-olah turut menjadi mangsa. Lebih memilukan, lehernya dijerut sebelum nyawanya diragut.

Si suami, Wadison Pasaribu cuba mengaburi mata orang sekeliling selepas membunuh Petri dengan berpura-pura menjadi mangsa samun.
Namun segala perbuatan keji itu terbongkar sekali gus mengejutkan penduduk di Kompleks Perumahan Puri Anggrek, Kota Serang, Banten.
Wadison membunuh isterinya selepas mangsa menangkapnya sedang bercinta. Suspek kemudian mencipta 'drama' seolah-olah dia dan isterinya menjadi mangsa rompakan yang diikuti pembunuhan.
Berikut kronologi kejadian:
1-Kejadian pembunuhan itu berlaku pada pagi Ahad, 1 Jun 2025, sekitar pukul 3.30 pagi.
2-Ketika itu, penduduk datang ke rumah mangsa selepas mendengar anak pasangan itu menangis dan menjerit meminta tolong.

3-Jiran yang datang kemudian segera menenangkan anak mereka. Seterusnya, mereka menemui Petri mati terbaring dalam keadaan terikat di dalam rumahnya.
4-Penduduk turut menemui suaminya, Wadison dalam guni dengan kesan lebam di kepala.
5-Selepas menenangkan anak pasangan itu, penduduk telah membawa Wadison ke Hospital Sari Asih Bandaraya Serang untuk menerima rawatan. Penduduk kemudian melaporkan kejadian itu kepada Polis Walataka.
6-Polis tiba di lokasi sekitar jam 05.30 pagi dan segera menjalankan siasatan di tempat kejadian. Polis juga meminta keterangan daripada saksi.
7-Pihak polis mendapati barang kemas milik wanita itu hilang sekali gus menguatkan lagi cerita berlakunya rompakan diikuti pembunuhan. Bagaimanapun, selepas disiasat keluarga dan polis, pelaku sebenarnya ialah Wadison!
8-Daripada maklumat yang dikumpul, pembunuhan itu bermula selepas Petri menangkap Wadison sedang berbual mesra melalui telefon bimbitnya dengan seorang wanita.

9-Petri yang cemburu bertanya tentang isi perbualan namun suspek menjadi emosi dan menjerut leher wanita itu dengan tali sehingga mangsa meninggal dunia.
10-Wadison panik apabila mengetahui Petri telah meninggal dunia mula mereka senario rompakan di rumahnya dan Petri dibuat seperti mangsa.
11-Suami durjana itu juga mengaku mencampakkan berupa anting-anting emas si isteri ke dalam mangkuk tandas bagi mengukuhkan senario rompakan diikuti pembunuhan.
12-Penjenayah itu juga mencipta senario seolah-olah dirompak dan sanggup mencederakan badan sendiri, memukul kepalanya dengan objek tumpul supaya kelihatan seperti dipukul penyamun, berlakon pengsan dan masuk ke dalam karung guni.

13-Ketika pengebumian Petri, Wadison dikatakan menangis dan berlakon seolah-olah dia mangsa sekali gus bukan pelaku pembunuhan itu.
14-Suspek dan yang berbual dengan keluarga di rumah dan bertanyakan tentang kronologi rompakan dan pembunuhan. Pada mulanya, Wadison menceritakan kisah itu dengan lancar, seperti yang dilaporkan secara meluas oleh beberapa media.
15-Namun, apabila bercakap dengan ahli keluarga yang lain, cerita Wadison berubah-ubah dan menimbulkan rasa curiga. Berasa pelik, pihak itu kemudian memujuk Wadison untuk memberitahu perkara sebenar.
quotes: "Mula-mula dia berpegang pada kenyataan seperti di media, tetapi lama-kelamaan. Namun mula goyah dan tidak tetap pendirian. Sebagai peguam, naluri saya mencurigainya," kata keluarga pelaku, Lambastony Pasaribu.
16-Wadison akhirnya mengakui perbuatannya dan menyerah diri pada malam Selasa, 3 Jun 2025.
Sampainya hati suami, sanggup membunuh isteri sendiri demi skandal curang terbongkar.
Ketua Polis Bandaraya Serang, Pesuruhjaya Kanan Yudha Satria mengesahkan lelaki itu telah ditahan.
Menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan.
Sumber: CNN, Kompas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
