Isteri sedih suami 'kaki gaduh', buang beras dalam tandas, rosak mainan anak
PERGADUHAN antara suami dan isteri adalah tidak dapat dielakkan. Tipulah jika ada pasangan yang tidak pernah bergaduh sepanjang tempoh berumah tangga.
Berjauh hati, bermasam muka, merajuk, berselisih faham adalah perkara lumrah yang biasa berlaku dalam perkahwinan walaupun sekali-sekala.
Apabila hal ini berlaku, setiap pasangan dinasihatkan untuk menjaga batasan dan tidak melampau-melampau ketika bergaduh.
Ini kerana perbuatan melangkaui ‘sempadan’ tertentu akan menyebabkan perselisihan faham semakin buruk. Jangan hanya mengikut nafsu amarah hingga sanggup berbuat jahat kepada pasangan dan keluarga.
Baru-baru ini pengguna laman sosial TikTok Nana Orlin mendedahkan suaminya sering menggunakan kekerasan apabila mereka bertengkar.
Baca juga: 8 hari nikah, wanita dicerai suami gara-gara pakaian terkena nasi, cara basuh beras berbeza
Baca juga: [VIDEO] 15 tahun culas nafkah, wanita dedah proses tuntut bekas suami RM78K
Malah lelaki berkenaan difahamkan sanggup membuang barangan termasuk makanan agar si isteri dan anak-anak tidak dapat makan.
@nanaorlin10nasibku♬ suara asli - CANDRA DEWI MAHARANI
Lebih meremukkan hati, suaminya tergamak membuang beras ke dalam mangkuk tandas, merosakkan telefon bimbit dan alat ‘baby walker’ yang digunakan bayi mereka.
@nanaorlin10kesabaran ada batasannya aku dipukul diapakan selama ini selalu sabar tapi tidak utk kali ini barang2 anakku hbs dihancurkan♬ suara asli - nana_orlin
“Kesabaran ada batasnya. Saya dipukul selama ini, selalu sabar tapi kali ni habis barang anak dihancurkan,” titip wanita itu.
@nanaorlin10ya Tuhan begini amat cobaan ini rasanya ga sanggup aku jlnin tuhan
Warga maya meminta wanita itu memikirkan masa depan sendiri. Panas baran luar biasa si suami dalam bertindak membuatkan netizen meminta Norlin meninggalkan suaminya.
-“Tolong bawa anak jauh dari ayahnya, takut anak trauma.”
-“Membuang buang beras sama saja seperti membuang rezeki.”
-“Pantang sekali membuang. Beras. Ia sesuatu yang sukar untuk dicari. Kita bekerja untuk membeli beras.”
-“Kalau alasan tidak ingin berpisah kerana anak, fikirkan sekali lagi. Belum tentu jika bersama ayahnya sendiri anak boleh bahagia.”
-“Hidup ini ada pilihan.”
-“Ya ALLAH sakitnya hati melihat. Semoga terus semangat dan dalam perlindungan ALLAH.”
TIP BERGADUH SECARA SIHAT SUAMI ISTERI
1.Jangan menyebut dan melibatkan ibu bapa masing-masing.
2.Usah sesekali mengungkit setiap pemberian atau hadiah yang telah dibelikan untuknya.
3.Hindari daripada menyebut kita ingin meninggalkannya.
4.Jangan bertengkar di depan anak-anak.
5.Jangan mengangkat tangan, memukul atau memegang sebarang objek.
6.Elakkan menyebut kekurangan pasangan.
7.Jangan sengaja meninggikan suara sehingga pertengkaran kalian menyebabkan ramai orang dengarnya.
8.Jangan memanjang-manjangkan pergaduhan.
Pertelingkahan antara suami dan isteri itu biasa. Biarpun ia asam garam kehidupan rumah tangga, kita hendaklah mengawal emosi dan amarah.
Jangan kerana ketelanjuran dalam berkata-kata menjadi penyebab musnahnya institusi keluarga yang dibina.
Baca juga: Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan. Ramai yang ternganga
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang