Jutawan termuda di dunia berusia 9 tahun, miliki Bentley, terbang dengan jet peribadi

A
A
A

MEMILIKI kekayaan pada usia muda pastinya menjadi impian semua.

Namun kanak-kanak dari Lagos, Nigeria ini mencapainya pada usia yang sangat muda iaitu sembilan tahun.

Lapor The Sun, Mompha Junior atau Muhammed Awal Mustapha menerima rumah agam pertama ketika dia baru berusia enam tahun.

Tidak hanya itu, kanak-kanak itu turut menerima Bentley sebagai kereta pertama daripada ayahnya yang juga merupakan usahawan, Ismailia Mustapha atau Mompha, 42.

Baca juga: Alang-alang kaya, usahawan tempah pelitup muka emas 108 gram berharga RM236,000

Dia seorang kanak-kanak yang suka mengembara ke seluruh dunia dengan jet peribadi serta mempunyai beberapa rumah besar atas namanya. Mompha dianggap sebagai jutawan termuda di dunia pada usia sembilan tahun.

Biarpun terlalu muda untuk memandu dan belum cukup tinggi untuk mencapai pedal, kanak-kanak itu mempunyai koleksi 'super car' yang hebat.

Mompha Junior mempunyai 27,000 pengikut di Instagram yang sentiasa mengikuti gaya hidupnya yang mewah.

Antara hantarannya ialah bergambar di hadapan Lamborghini Aventador merah dan Bentley Flying Spur.

Anak kecil itu sering memakai pakaian berjenama dari hujung rambut hingga ke kaki. Antara jenama yang biasa digunakan termasuk Versace dan Gucci.

Dalam pada itu, dia turut mempamerkan koleksi keretanya dengan ucapan “Selamat hari lahir untuk saya” dan “Terima kasih Ayah”.

 

Koleksi kereta super Mompha Junior termasuk Ferrari kuning yang boleh dilihat dalam salah satu fotonya di luar rumah mewah di Dubai.

Mompha Junior nampaknya mewarisi cita rasa mahal daripada bapa Mompha Senior yang dilaporkan terkenal dengan gaya hidup mewah.

Berkongsi gambar kehidupan  kepada 1.1 juta pengikut Instagram, Mompha Senior membahagikan masa di antara Lagos dan Emiriah Arab Bersatu.

Lelaki itu sering memuat naik foto anak-anaknya ke laman sosial yang mempamerkan kemewahan.

Dalam satu hantaran dia menampilkan Mompha Junior dan adik perempuannya, Fatima berpakaian Versace dengan kapsyen "kanak-kanak mahal."

Baca juga: Impi Mahu 105 Orang Anak, Pasangan Jutawan Rusia Ini Sanggup Berbelanja Lebih RM4.6 Juta

Dalam hantaran lain, dia turut memuji anak-anaknya.

“Tuan muda memakai Gucci dan telah memiliki rumah. Dia layak menerima beberapa pujian kerana dia telah membayar hutangnya sepenuhnya,” titip si bapa.

Mompha Senior memperolehi keuntungan yang besar daripada perniagaan pertukaran mata wang di Lagos sebelum beralih ke pelaburan.

Baca juga: Tuah daftar vaksin, pelajar kini jutawan, menangi wang RM3 juta

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Mirror UK, Forbes

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang