KES curang dan skandal bukan saja berlaku di Malaysia, malah memang banyak dilaporkan di seluruh dunia.

Ada kes sampai bertumbuk dan bermasam muka, terdapat juga insiden yang mana mereka mendiamkan diri dan terus berkahwin secara mengejut.

Namun, lain pula kisah yang berlaku di New Delhi, India, baru-baru ini yang membuatkan kita garu kepala.

Lapor Kompas, seorang lelaki yang dikenali sebagai Neeraj mengambil tindakan luar biasa dengan mengahwini pasangan skandal isterinya.

skandal curang

Sebenarnya, Neeraj yang sudah berkahwin dengan Ruby Devi sejak tahun 2009 itu bengang apabila mendapat tahu isterinya curang.

Ruby dikatakan menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang dikenali sebagai Mukesh.

Baca juga Balas dendam suami curang, wanita potong alat sulit suami ketika tidur

Mereka dilaporkan melarikan diri sejak Februari tahun lalu dan berkahwin secara senyap-senyap.

Hal tersebut membuatkan Neeraj berang dan membuat laporan polis yang kononnya Mukesh melarikan isterinya.

skandal curang

Malah kes curang tersebut mendapat perhatian komuniti setempat dan satu perbincangan dibuat, namun Mukesh terus hilangkan diri.

KAHWIN ISTERI SKANDAL

Nak dipendekkan cerita, isteri kepada Mukesh juga bernama Ruby.

Demi membalas dendam, lelaki kepada empat anak itu mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Ruby pada Februari lalu.

Dalam temu bual bersama media tempatan, lelaki itu mengakui hasrat untuk berkahwin tersebut gara-gara tidak mahu maruah sebagai seorang lelaki tercalar.

skandal curang

Iklan

“Jika mereka boleh curang dan kahwin lari, kenapa saya tidak boleh?,” soal Neeraj ketika ditanya mengenai perkahwinan tersebut.

Kisah pernikahan lelaki malang itu bagaimanapun mendapat perhatian di media sosial, apatah lagi apabila kes curang itu viral.

Baca juga “Bagaimanalah nasib 4 anak?”- Lelaki curang pukul isteri hingga maut mungkin berdepan hukuman gantung

Moga perkahwinan baharu itu berkekalanlah ya?

skandal curang

Iklan

Bukan apa, soal hati dan perasaan mana boleh dibawa main, lebih-lebih lagi nak berkahwin sebab balas dendam.

Apa yang pelik, isteri Mukesh pula bersetuju dengan perkahwinan itu. Barangkali mereka sama-sama sakit hati dengan tindakan pasangan masing-masing.

Aduhai pelik tapi ini benar-benar berlaku. Harap-harap tak adalah kes sama berlaku di Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.