SUAMI adalah insan yang diharapkan menggalas tanggungjawab menjaga isteri.

Jika sejak kecil wanita dijaga ibu bapa, setelah selesai ijab kabul tanggungjawab itu berpindah ke tangan suami.

Baru-baru ini tular di laman sosial khabar duka pemergian seorang wanita di tangan suami. Semuanya berlaku sekelip mata gara-gara didakwa mendedahkan kecurangan lelaki tersebut di media sosial.

Baca juga: Isteri dibunuh sehari sebelum raya angkara media sosial, 9 fakta berkaitan

Baca juga: Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok

Difahamkan, mangsa dihantar ke Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya sebelum disahkan meninggal dunia.

ALLAHYARHAM pergi meninggalkan empat cahaya mata yang masih kecil. Pada usia mentah tujuh, enam, tiga tahun dan enam bulan, anak-anak itu masih memerlukan perhatian dan sentuhan seorang ibu.

Bagaimanapun, mereka turut berkemungkinan kehilangan bapa.

Suspek iaitu si bapa, Mohd Syawalludin Ismail, 38, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

SUSPEK Yang merupakan seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Kajang di atas pertuduhan membunuh isterinya sehari sebelum Aidilfitri.

Mengikut pertuduhan, suspek didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian mangsa, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya, Cheras antara jam 12 tengah malam hingga 3.30 pagi, 1 Mei lalu.

Baca juga: Ramai tidak tahu isteri boleh saman perosak rumah tangga, ini penjelasan peguam

TIP HADAPI PENDERAAN SUAMI

Menurut Women Aids Organization (WAO), atau Pertubuhan pertolongan Wanita, individu yang menghadapi masalah keganasan rumah tangga boleh membuat salah satu daripada tindakan-tindakan yang dicadangkan berikut;

1-Hubungi talian kecemasan WOA atau talian Nur 15999.

Iklan

2-Pergi hospital kerajaan
Anda perlu cari “One Stop Crisis Centre” (OSCC) di bahagian trauma dan kecemasan dan dapatkan rawatan. Di sana, doktor akan merawat serta mengumpul bukti perubatan untuk dibawa ke mahkamah. Selain itu, pihak OSCC juga akan membantu anda mendapatkan perlindungan daripada polis, khidmat guaman dan kaunseling melalui Pegawai Kebajikan Sosial. Tiada sebarang yuran akan dikenakan kepada mangsa. Hanya perlu bawa kad pengenalan sahaja.

3-Dapatkan Interim Protection Order (IPO)
IPO adalah sebuah arahan daripada mahkamah yang mana pasangan yang mendera tidak boleh melakukan keganasan kepada mangsa.

IPO tidak menghalang pasangan tinggal sebumbung tapi ia melindungi mangsa daripada didera lagi. Ia juga boleh melindungi ahli keluarga lain seperti anak-anak dari dikasari oleh pendera.

Langkah mendapatkan IPO ialah dengan cara membuat laporan polis dan laporan kesihatan serta dapatkan surat sokongan dari pegawai polis yang bertugas. IPO tidak melindungi pasangan yang tidak berkahwin.

Iklan

4-Minta anak selamatkan diri
Pastikan memberitahu anak-anak, ‘bila nampak ibu kena pukul, jangan tolong ibu. Lari selamatkan diri ke tempat yang selamat’. Ini penting bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa seterusnya.

5-Jangan lupa ajar anak untuk hubungi talian kecemasan seperti talian Nur – 15999 atau menyimpan nombor telefon ahli keluarga terdekat untuk dihubungi.

Baca juga: Lelaki pukul isteri kedua hingga koma, rupanya ada 4 isteri, 7 anak

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI