'Kak Ameena mirip papa, Azura mirip mama.' Atta & Aurel kongsi wajah terbaharu anak kedua, raih perhatian ramai!

A
A
A

PASANGAN pempengaruh media sosial terkenal di Indonesia, Atta Halilintar dan isterinya Aurel Hermansyah berkongsi berita gembira apabila menyambut kelahiran bayi kedua baru-baru ini.

Sekadar makluman, Aurel atau nama sebenarnya Titania Aurelie Nurhermansyah merupakan puteri sulung kepada pasangan Anang Hermansyah dan Krisdayanti.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 April 2021.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan anak sulung, Ameena Hanna Nur Atta yang lahir pada 22 Februari 2022.

Baca ni 'Geramnya tengok kaki dan tangan tu.' Genap setahun usia, Alia Bhatt & suami enggan dedah wajah anak perempuan

atta

Kebahagiaan keluarga kecil itu semakin bertambah dengan kehadiran anak kedua mereka yang juga perempuan.

Si kecil yang dilahirkan pada 11 November lalu, sememangnya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh pasangan selebriti tersebut, bahkan peminat mereka.

KONGSI WAJAH & NAMA

Terbaharu, Atta atau nama sebenarnya Muhammad Attamimi Halilintar menerusi media sosialnya tampil berkongsi nama dan wajah anak kedua mereka.

Atta yang juga seorang usahawan bersama isterinya, Aurel sepakat untuk memilih nama Azura Humaira Nur Atta buat puteri kedua mereka itu.

Baca ni 'Cantiknya Amora, persis mami waktu muda.' Kris Dayanti tunai umrah sekeluarga, penampilan anak perempuan jadi tumpuan!

atta

“Azura Humaira Nur Atta. Welcome @azuraatta. Azura bermaksud langit biru sementara Humaira bermaksud kemerah-merahan seperti warna kulitnya.

"Sementara Nur bermaksud cahaya dan nama ibunya manakala Atta bermaksud terpuji dan suci yang juga nama papanya. Semoga selalu jadi penghibur papata ya nak,” ungkap Atta menerusi kapsyennya di Instagram.

 

Perkongsian tersebut nyata meraih perhatian peminat mereka.

Ramai yang menitipkan ucapan tahniah. Malah, ada juga yang memuji kecomelan si kecil berkenaan.

Menurut warganet, wajah comel Azura begitu seiras dengan kakaknya, Ameena yang memiliki kulit putih gebu dan kemerah-merahan.

Baca ni Alami PCOS & berat cecah 96kg, penampilan baharu Sara Ali Khan seperti model bikin ramai kagum. Ini rahsianya yang ramai tak tahu!

atta

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa komen warga maya yang memuji akan wajah manis dan comel si kecil itu:

'Cantik manis, matanya ambil papata. Azura kelihatan cantik lembut kalau Ameena cantik berkarisma.

'Masya-ALLAH mirip Oma. Ada wajah-wajah Belanda gitu.'

'Setiap anak memiliki kelebihan masing-masing. Malah mereka juga istimewa. Sihat selalu ya Azura dan Ameena.'

'Atta dan Aurel, selamat atas kelahiran puteri kedua. Semoga menjadi anak yang solehah.'

Baca lagi 'Jangan terlalu paksa tubuh bekerja.' Pereka fesyen & ikon fesyen Muslimah terkenal Dian Pelangi kongsi tip diet, bantu turun 12kg!

atta

'Cantiknya baby Azura, mirip mamanya.'

'Hai Azura. Selamat datang. Kehadiranmu adalah penambah salah satu lagi bahagia kami yang mencintaimu.'

'Masya-ALLAH cantiknya. Hai azura.'

'Cantiknya Azura sama seperti kakaknya Ameena. Kak Ameena mirip papa, Azura mirip mama.'

atta

'Masya-ALLAH adik cantik seperti kakaknya.'

'Masya-ALLAH. Nama yang indah dan cantik. Semoga jadi anak solehah dan kebanggaan papa dan mama ya.'

Sumber: Instagram attahalilintar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang