Kantoi sebelum sah! Lagi sejam nak nikah, pengantin palsu dicekup ketika bersiap untuk kahwin kali ke-8

No Image Caption
A
A
A

LICIK betul apabila berjaya memperdayakan tujuh lelaki! Kisah seorang wanita di India ini boleh dijadikan idea drama bersiri dengan plot twist tak masuk akal.

Mana tidaknya, Reshma Chandrasekeran pandai main wayang dengan mengeskploitasi cinta lelaki yang diumpan menerusi laman web mencari jodoh.

Lapor Gulf Today, wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu didakwa memperdayakan sekurang-kurangnya tujuh lelaki dalam perkahwinan sebelum ini.

Modus operandi suspek yang akan bermain cinta dengan mangsa sehingga mengajak mereka berkahwin dengan permintaan rantai leher (mangalasutra) mewah.

GAMBAR hiasan. Kredit Canva
GAMBAR hiasan. Kredit Canva

Kemudian wanita penuh helah tersebut akan menghilangkan diri dengan rantai mangalasutra yang menjadi simbol perkahwinan budaya India dan terus memutuskan hubungan.

Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Suspek yang merupakan ibu tunggal itu kantoi ketika persiapan untuk perkahwinan kelapan.

Menurut kenyataan pihak polis, bakal pengantin lelaki yang juga seorang ahli majlis kerajaan tempatan dari Pothencode curiga dengan tingkah laku ibu kepada seorang anak itu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Mana tidaknya, Reshma memberitahu dirinya seorang anak yatim piatu dan tiada saudara mara yang akan datang untuk meraikan majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 6 Jun lalu.

Jika disemak kronologi pertemuan, mereka berkenalan melalui laman web jodoh oleh orang tengah yang menghubungi mangsa untuk sesi pertemuan.

GAMBAR hiasan. Kredit Canva
GAMBAR hiasan. Kredit Canva

Orang tengah yang merupakan seorang wanita tidak dikenali itu kemudian memperkenalkan Reshma sebagai calon pasangan dan mereka berjumpa di sebuah pusat beli-belah di Kottayam.

Pelik tiada saudara atau kawan langsung sebagai wakil daripada pihak pengantin perempuan, malah kedatangan Reshma ke rumah rakan mangsa pada malam sebelum majlis perkahwinan menimbulkan syak wasangka.

GAMBAR hiasan. Kredit Canva
GAMBAR hiasan. Kredit Canva

Hairan dengan kelakuan wanita berkenaan, rakan mangsa kemudian memberikan amaran supaya lebih berwaspada dan menyiasat latar belakang bakal pengantin perempuan dengan lebih terperinci.

Nak dijadikan cerita, lelaki itu secara diam-diam menyelongkar beg tangan ketika suspek sedang leka bersolek pengantin di sebuah salun.

Alangkah terkejutnya apabila terjumpa bukan satu tapi banyak dokumen perkahwinan lama sebelum mangsa menghubungi pihak polis.

GAMBAR hiasan. Kredit Canva
GAMBAR hiasan. Kredit Canva

Hasil siasatan awal, Reshma merancang untuk berkahwin dengan mangsa dan menghilangkan diri dengan rantai emas untuk beberapa hari tanpa jejak.

Bagi mengaitkan kes terdahulu, pihak polis turut menghubungi semua lelaki yang pernah menjadi ‘suami’ untuk mengesahkan maklumat yang berjaya dikumpulkan.

GAMBAR hiasan. Kredit Canva
GAMBAR hiasan. Kredit Canva

Lagi tak logik langsung, wanita itu sedang merancang untuk dua lagi perkahwinan dalam masa terdekat!

Penangkapan suspek mengejutkan komuniti setempat dan menimbulkan kebimbangan besar tentang penipuan melalui laman cari jodoh.

GAMBAR hiasan. Kredit Canva
GAMBAR hiasan. Kredit Canva

Siasatan lanjut turut dijalankan bagi mengenal pasti sejauh mana penipuan Reshma dan sama ada terdapat rakan subahat lain dalam kes tersebut.

Aduhai, sudah tak selamat dah sekarang ini nak mencari jodoh dengan aman bila ada segelintir manusia tak bertanggungjawab cuba menipu untuk kepentingan diri.

Mungkin tak semua aplikasi pencarian teman hidup till jannah yang ada sekarang ini berunsur penipuan, tapi kenalah berhati-hati elak jadi mangsa seterusnya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang