Jodoh berangkai! 3 beradik perempuan diijabkabul serentak dengan 3 lelaki bersaudara. 'Ini baru betul ‘Tiga Abdul’ yang sebenar...'

No Image Caption
A
A
A

SATU dalam sejuta.

Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan momen luar biasa apabila tular sebuah video memperlihatkan tiga beradik perempuan dinikahkan serentak dengan tiga beradik lelaki dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung baru-baru ini.

Momen bersejarah itu dikongsikan oleh pengguna TikTok, @Cvtie_lulu, yang mempaparkan ketiga-tiga pasangan pengantin tampil anggun dan segak dalam persalinan sedondon serba putih ketika lafaz akad nikah dilafazkan.

Apa yang mencuri perhatian bukan sahaja kerana majlis berlangsung serentak, malah susunan pasangan juga dianggap sangat unik dan mengundang rasa kagum ramai.

Menurut perkongsiannya, anak kedua perempuan disatukan dengan anak kedua lelaki, begitu juga anak ketiga dengan pasangan yang juga anak anak ketiga.

Namun yang lebih menarik perhatian, pengantin sulung dalam kalangan tiga beradik perempuan, iaitu pemilik akaun TikTok itu sendiri, memilih jejaka bongsu sebagai pasangan hidupnya.

"Ya, saya dan adik perempuan saya masing-masing berkahwin dengan lelaki yang juga adik-beradik.

Artikel Berkaitan:

"Saya anak sulung dalam kalangan pengantin perempuan, manakala suami saya merupakan anak bongsu dalam kalangan pengantin lelaki. Saya berusia 21 tahun dan suami pula 22 tahun," balasnya dalam satu komen.

Apabila ditanya sama ada pertemuan mereka dijodohkan atas pilihan keluarga, pemilik akaun itu menjelaskan sebaliknya, cinta yang menyatukan mereka bertiga.

Selain tiada masalah untuk berenggang jauh kerana berkahwin dalam keluarga yang sama, pengantin yang diibaratkan seperti drama ‘Tiga Abdul’ ini turut merancang untuk menyambut cahaya mata pertama secara serentak.

Difahamkan, majlis penuh bermakna itu telah diadakan secara sederhana namun meriah di daerah Kinabatangan, Sabah, dan dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat.

Meninjau ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa teruja dan menyifatkan peristiwa itu sebagai sesuatu yang jarang berlaku.

“Ini baru betul ‘Tiga Abdul’ yang sebenar. Tahniah semua, semoga kekal hingga ke syurga,” ujar @Syakirah8018.

“Pakat berkongsi mentua, balik kampung pun jalan sekali, senang,” seloroh @Shaiful.

“Betul-betul ‘rare’, jarang dapat adik-beradik jadi biras serentak,” kata @Pakduan.

Tidak kurang juga yang mendoakan kebahagian tiga pasangan ini berkekalan hingga ke anak cucu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang