Dendam 'berdarah' 6 tahun meletus! Pengantin lelaki ditet@k sebelum naik pelamin, terpaksa nikad dalam wad

No Image Caption
A
A
A

DALAM keterujaan menyambut raja sehari, siapa sangka suasana penuh bahagia itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila rombongan pengantin lelaki diserang secara tiba-tiba oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam satu kejadian yang tular di Palembang Indonesia.

Menerusi video tular, mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Handa dilihat baharu sahaja melangkah keluar dari kenderaannya sebelum didatangi beberapa individu tidak dikenali.

Tanpa sebarang amaran, kumpulan lelaki yang memberhentikan kenderaan di sebelah kereta pengantin terus meluru ke arah Ahmad yang ketika itu sudah lengkap berbusana sebagai raja sehari.

Mangsa yang sudah menerima beberapa kali hentakan parang cuba melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah, namun usahanya sia-sia apabila dia terus dikejar kumpulan terbabit.

Lebih mengerikan, beberapa das tembakan turut kedengaran dipercayai dilepaskan ke arah pengantin, sekali gus menambahkan lagi ketakutan dalam kalangan tetamu yang menyaksikan insiden ngeri itu di depan mata.

Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu itu rupa-rupanya berpunca daripada dendam lama sejak 2019 apabila mangsa didakwa pernah menjadi pemberi maklumat kepada pihak berkuasa berhubung kegiatan dadah.

Malah, Ahmad juga pernah dituduh sebagai pencuri.

Akibat peristiwa berdarah itu, Ahmad Handa telah dikejarkan ke Hospital Umum Daerah Palembang BARI (RSUD BARI) oleh penduduk setempat selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, tangan dan kaki.

Artikel Berkaitan:

Susulan kejadian tersebut, majlis yang sepatutnya berlangsung meriah terpaksa ditunda sementara demi keselamatan semua pihak.

Bagaimanapun, jodoh pasangan berkenaan tetap kuat apabila acara akad nikah tetap diteruskan dalam suasana sederhana dan penuh emosi di hospital berkenaan atas nasihat keluarga kedua-dua belah pihak serta pihak Jabatan Agama di wilayah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ketua Balai Polis Seberang Ulu I, AKP Heri, berkata pihaknya telah menjalankan siasatan bersama Unit Siasatan Jenayah (Satreskrim) Polrestabes Palembang.

Pihak berkuasa juga memaklumkan bahawa mereka telah berjaya mengesan kenderaan yang digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut, yang ditemui dalam keadaan ditinggalkan di pinggir jalan bersama sebilah senjata tajam dipercayai digunakan semasa serangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang