LINDUNGI adik walau di mana sahaja berada sememangnya sifat semula jadi bagi seorang kakak. Sedang seluruh dunia tertumpu kepada bencana gempa bumi magnitud 7.8 di Turkiye dan Syria, rakaman video kanak-kanak ini menjadi perhatian warga maya.

Rakaman dikongsikan wartawan Almosa Zuher di Twitter tular menjadi meruntun perasaan warganet.

Ketika dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) di Idlib dan Aleppo, Syria, pasukan penyelamat menemui dua kanak-kanak di bawah runtuhan bangunan.

Baca juga: Gempa bumi Turkiye, Syria 7.8 magnitud setara kekuatan 32 bom atom, doktor Malaysia kongsi pengalaman

Kanak-kanak perempuan yang sedang terperangkap dengan adiknya merayu untuk dikeluarkan dari runtuhan dan rela diri dijadikan hamba.

“Tolong bawa saya dan adik keluar dari runtuhan ini tuan. Saya rela untuk menjadi hamba anda,” jelasnya dalam video yang kini menerima 934,000 tontonan.

Kedua-duanya yang dilaporkan terperangkap selepas bumbung rumah mereka runtuh susulan gempa bumi. Dua beradik itu hanya ditemui selepas 17 jam dalam keadaan yang lemah.

Baca juga: Doa warganet iringi wira negara, SMART Malaysia tiba di Turkiye, bantu cari dan menyelamat mangsa gempa

Kata-kata kanak-kanak itu memberi tamparan kepada dunia bahawasanya kedua-dua mereka mungkin beranggapan runtuhan rumah mereka adalah disebabkan serangan dan bukannya kesan gempa bumi.

Baca juga: Sedihnya! Bayi baru lahir masih bertali pusat diselamatkan, seluruh keluarga maut dalam gempa bumi Turkiye

Kredit: Twitter Omid Memarian

Baca juga: Dikenali Turkiye sejak 2022, ini sebab kenapa Turki tukar nama

Iklan

Syria yang berdepan dengan isu perang, pemberontakan, dan pelarian yang berlarutan sejak lebih satu dekad lalu merumitkan usaha SAR.

Bagi masyarakat di Syria yang berdepan perang, pemberontakan dan pelarian yang berlarutan sejak lebih satu dekad lalu, mereka mungkin sudah bersedia dengan pelbagai risiko serangan atau pengeboman pada bila-bila masa.

Baca juga: Panjang umur, 2 hari tertimbus runtuhan gempa bumi, budak 5 tahun ditemui hidup. 15 info perlu tahu

Iklan

Sumber: Twitter Zuher Almosa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.