KASIH ibu tiada tolok bandingnya. Biarpun dalam keadaan kaki dipasung tetap menunaikan tanggungjawab memberikan titisan susu ibu buat si anak.
Bukan babak drama atau filem, insiden menyayat hati itu benar-benar berlaku di Manggarai Timur, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Menurut laporan Kompas, wanita berusia 32 tahun ditemui duduk di atas katil dengan kaki kanannya dibelenggu sambil menyusukan anak.
Baca juga: 18 tulang rusuk, dua kaki patah, kepala lebam digoncang, bayi 10 minggu maut angkara ibu sendiri
Photo by Liza Summer: https://www.pexels.com/photo/sad-female-crying-and-looking-at-camera-6382719/
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tidak tergugat walaupun disyaki mengalami gangguan jiwa dan dibelenggu (dipasung).
Ketua Kampung Sita, Stefanus Belasius Rugu ketika dihubungi Kompas menjelaskan wanita berkenaan pada mulanya mengamuk, membakar pakaian sendiri dan pakaian anaknya.
Wanita berkenaan yang tinggal bersama bapa mentua telah dipasung selama dua hari sebelum dipasung.
Semasa di pasung, beliau berkenaan masih menyusukan bayinya. Kini, wanita yang dikenali dengan akronim HU itu telah dibebaskan daripada dipasung oleh keluarga. Malah beliau dan bayinya telah dijemput keluarga.
Stefanus menjelaskan, suami wanita berkenaan berhijrah ke Kalimantan untuk bekerja.
“Sekarang ibu sudah dilepaskan daripada pasung. Menurut bapa mentuanya, keadaan wanita berkenaan semakin baik, tidak lagi mengamuk marah lagi dan boleh menjaga bayi,”katanya.
Ketika ini, ibu berkenaan telah diberikan bantuan perubatan.
Baca juga: Misteri bayi hilang dikatakan dilarikan makhluk halus, tapi rupa-rupanya...
(Photo by Dipu Shahin DS: https://www.pexels.com/photo/baby-in-pink-and-white-blanket-4050647/)
Wanita selepas bersalin terdedah kepada penyakit mental selepas bersalin. Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut.
Justeru, jangan memandang enteng masalah ini kerana ia boleh mengancam diri dan keluarga.
Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
1-Gangguan emosi postpartum
2-Kemurungan postpartum atau meroyan
3-Psikosis postpartum, juga disebut meroyan
Gangguan emosi postpartum berlaku kepada 25 hingga 85 peratus wanita yang baru bersalin.
Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Pun begitu, gangguan emosi ringan biasanya pulih dalam masa dua minggu.
Baca juga: Anak 3 bulan maut digigit, keluarga dakwa ibu dirasuk
Kemurungan postpartum
Ia berlaku dalam kalangan 10 –hinga 20 peratus wanita selepas bersalin. Gejala-gejalanya boleh dilihat dalam masa sebulan selepas bersalin.
Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bula. Namun bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun.
Psikosis postpartum
Keadaan ini jarang dijumpai iaitu sekitar satu dalam 500 hingga 1000 kelahiran. Biarpun jarang terjadi, ia amat serius.
Gejala psikosis postpartum biasanya berlaku beberapa hari hingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu, wanita tetap berisiko tinggi mengalami beberapa bulan selepas bersalin.
Baca juga: 9 punca stres akibat tekanan kerja tidak disedari bos, majikan
Photo by Sarah Chai: https://www.pexels.com/photo/mother-with-newborn-baby-on-couch-7282403/
Gangguan emosi postpartum
Kemurungan postpartum
Psikosis postpartum
Pengesanan awal ke penyakit mental postpartum amat penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin.
Wanita yang berisiko tinggi mengalami penyakit mental selepas bersalin termasuk mereka pernah mengalami penyakit mental postpartum, sejarah keluarga mempunyai penyakit mental, kehamilan tidak dirancang dan kepincangan rumah tangga.
Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.
Baca juga: Lelaki pun boleh meroyan lepas isteri bersalin, 8 tip ini amat membantu
Sumber: Kompas, MyHealth KKM
Kredit foto utama: Kompas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…
TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…
SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…
PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…
PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…
EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…