Anak 3 bulan maut digigit, keluarga dakwa ibu dirasuk

ANAK yang masih kecil memerlukan penjagaan rapi. Ironinya, seorang bayi malang di Kabupaten ini maut di tangan ibu sendiri. Keluarga pula mengesyaki insiden itu berpunca daripada kerasukan.

Menurut Antaranews, jasad bayi berkenaan yang baru sahaja berusia tiga bulan penuh dengan kesan luka gigitan. Luka gigitan dapat dilihat jelas pada pipi kiri, hidung dan tangan kiri

Tidak jelas punca yang menyebabkan ibu muda itu menggigit bayi yang dilahirkannya sendiri, namun keluarganya mengesyaki ibu muda berusia 25 tahun itu dirasuk atau masalah mental.

Tidak jelas apakah punca ibu muda itu menggigit bayi yang dilahirkannya sendiri. Berdasarkan keterangan awal daripada saksi, ibu berkenaan sebelum ini mempunyai masalah gangguan mental.

Saksi pertama sampai mendapati mangsa di atas tikar ditutup dengan kain batik sudah. Di sebelah mayat mangsa, kelihatan bapa kandungnya menangis melihat bayinya yang sudah terbaring kaku.

Iklan
Iklan

Manakala ibu berkenaan yang menjadi suspek berdiri di hadapan pintu bilik tidur sambil mendukung anak sulungnya yang berusia dua tahun.

Ditanya apa yang dilakukan kepada anaknya, wanita itu kelihatan bingung.

“Saya tak tahu apa-apa,” katanya keliru.

Berdasarkan keterangan awal saksi, ibu berkenaan mempunyai sejarah gangguan mental. Maklumat daripada keluarganya dikuatkan bahawa suspek sering khayal.

Doktor yang bertugas Dr Heny Kustanti Nurwaidah mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia sebelum dibawa ke klinik. Katanya, hasil pemeriksaan terdapat lebam pada hidung, pipi kiri dan kanak serta kedua-dua belah tangan.

MEROYAN

Meroyan, istilah masalah psikiatri yang khusus buat ibu selepas bersalin. Gerun kalau ia benar-benar terjadi dan jika tidak dirawat dari awal kerana boleh memberikan kesan yang serius kepada ibu dan bayi . Jadi, ibu selepas bersalin jangan ambil mudah kalau pernah alami 10 tanda ini.

Ia bermula dengan keadaan post partum baby blues yang hanya dialami oleh kira-kira 50 peratus ibu baru bersalin dan akan hilang pada 10 hari selepas kelahiran.

Manakala kemurungan selepas bersalin atau post partum depression pula ialah post partum baby blues yang berlanjutan melebihi dua minggu dan lebih mendalam. Ia terjadi kepada kira-kira 15 peratus wanita selepas bersalin. Jika dibiarkan dan tidak dirawat segera, ia boleh menjadi lebih teruk iaitu psikosis selepas bersalin atau meroyan.

Menurut pakar psikiatri, para ibu tidak boleh ambil mudah tentang perubahan emosi dalam masa awal selepas bersalin kerana ia boleh jadi salah satu petanda masalah emosi ini.

Psikosis dan kemurungan selepas bersalin adalah gangguan emosi yang serius. Implikasi terhadap ibu dan bayi adalah berbahaya jika tidak dirawat dengan cara sewajarnya. Ia juga tidak boleh hanya dirawat dengan ubat-ubatan tradisional dan kaunseling sahaja.

Antara tanda-tanda meroyan yang sering dialami ibu ialah seperti berikut;

1. Gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang

2. Sering merasa keletihan kerana kurang rehat atau kurang tidur. Walau pun bayi dapat tidur lena.

3. Mengalami kesukaran dalam sesuatu hal tetapi tidak mendapatkan bantuan orang lain.

4. Memencilkan diri atau bersendirian.

5. Tidak suka bercakap dan banyak memendamkan perasaan.

6. Perasaan yang tidak stabil dan berubah-ubah seperti kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis.

7. Ciri psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras.

8. Mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.

9. Mempunyai anggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anaknya atau bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.

10. Mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan diri ibu, menyuruh ibu membunuh bayi dan sebagainya.

11.Ibu tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi mereka sendiri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Azma ML

Recent Posts

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

2 hours ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

5 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

8 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

10 hours ago

42 tahun bergelar ibu tunggal, wanita ini bertemu jodoh semula di usia 78 tahun. ‘Dulu pergi masjid seorang, kini berteman’

KALAU sudah jodoh, memang takkan ke mana. Demikian perumpamaan yang sesuai diungkapkan buat wanita bergelar…

10 hours ago