HAIWAN selalunya akan mengingati sesiapa sahaja yang berbuat baik padanya hingga ke akhir hayat. Dalam hal ini, gajah juga tidak terkecuali.

Tular di laman sosial seekor gajah melawati pemiliknya yang sedang terlantar sakit.

Video berdurasi 27 saat yang tular di laman sosial X itu meraih lebih 50,000 tontonan menyentuh hati ramai.

Ternyata ikatan jiwa antara haiwan itu dan penjaganya kuat, peristiwa mengharukan yang dipercayai berlaku di Indonesia.

Video tular itu memaparkan saat gajah itu memasuki bilik tuannya. Dengan langkah perlahan dan dipandu seseorang, gajah itu menghampiri katil pesakit di mana lelaki itu berbaring.

Kelihatan belalai gajah itu cuba membuka selimut untuk mencari tangan penjaganya.

Baca juga: [VIDEO] Gajah nakal jenguk dapur, pecah dinding untuk ‘curi’ beras

Baca juga: [VIDEO]Gajah gelongsor comel turun dari timbunan tanah raih jutaan tontonan

Baca juga: Gorila pernah viral kerana swafoto, mati dalam pelukan penjaga

Mamalia besar daripada keluarga Elephantidaea itu kemudian duduk manis di atas lantai bersebelahan katil.

Salah seorang ahli keluarga turut membantu belalai gajah itu menyentuh tangan penjaganya.

“Ini adalah saat penuh emosi untuk seekor gajah melawat tuannya yang sedang sakit,” kata kenyataan menerusi kapsyen yang dimuat naik.

Ketenangan haiwan itu mendapat pelbagai reaksi pelbagai daripada warga maya.

Baca juga: [VIDEO] Gajah serang kereta bergerak, 9 tip selamatkan diri daripada diserang gajah liar

Baca juga: Kronologi remaja maut diserang gajah, disepak seperti bola, PERHILITAN saran 10 perkara kalau terserempak

Baca juga: Aksi comel anak gajah baring keletihan, berjalan sejauh 500km curi perhatian

Ramai tertarik kerana ia seolah-olah memahami situasi dan mengasihi manusia. Ujar mereka:

– “Gajah adalah makhluk yang sangat sosial, melihat keluasan pintu rumah ini, nampaknya gajah sering keluar masuk rumah.”

– “Tulus kasih sayangnya, sepanjang hayat.”

Iklan

– “Ajaibnya, beginilah haiwan apabila dijaga dengan baik, mengenang budi.”

Perkara ini tidak mustahil kerana gajah sememangnya mempunyai daya ingatan yang sangat baik.

Memorinya kuat kerana perlu mengingati sumber makanan dan air dalam jarak ratusan kilometer.

Dengan daya ingatan yang kuat, gajah boleh bertindak balas dengan gembira atau mengancam bergantung pada ingatan mereka terhadap seseorang.

Gajah juga dianggap sebagai salah satu haiwan yang paling bijak. Memori jangka panjang itu mempunyai kapasiti penyimpanan yang besar dan boleh bertahan selama bertahun-tahun.

Antara haiwan yang memiliki otak terbesar, mamalia ini boleh mengingati pengalaman semasa bayi sepanjang hayat mereka.

Iklan

INFO GAJAH

-Gajah Asia (Elephas maximus) merupakan salah satu daripada tiga spesies gajah yang masih wujud. Spesies ini dianggap terancam.
-Gajah Asia jantan mempunyai ketinggian sekitar 2.75 meter (m) dan seberat 4,000 kilogram (kg) manakala gjah betina lebih kecil sekitar 2.40m dan boleh mencecah berat hingga 3,000kg.
-Gajah betina dan anaknya hidup dalam kumpulan kecil manakala gajah jantan lebih suka hidup bersendirian.
-Gajah biasanya berehat ketika cuaca panas.
-Setiap kumpulan mempunyai kawasan mereka tersendiri untuk mencari makanan.
-Haiwan itu suka berenang dan mandi di sungai.
-Gajah biasanya di dapati di hutan dara dan hutan sekunder negara ini.
-Makanan utama gajah di Malaysia adalah daun, rumput dan buah-buahan.

Sumber: X Sosmedkeras

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang