Kronologi remaja maut diserang gajah, disepak seperti bola, PERHILITAN saran 10 perkara kalau terserempak

A
A
A

GAJAH, haiwan liar yang menghuni hutan negara ini. Sering digambarkan sebagai comel, kalau sudah namanya binatang tingkah lakunya sukar dijangka.

Seperti kejadian yang menimpa remaja Orang Asli, Andy, 15, yang maut diserang gajah ketika mencari petai di kawasan kebun durian di Kampung Tual, Pos Sinderut, Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.

Kejadian tragis mencemaskan pada jam 8 pagi itu diceritakan oleh abangnya, Borhan Yok Manin, 24, yang turut sama berada di kawasan berhampiran.

Baca juga: [VIDEO] Gajah serang kereta bergerak, 9 tip selamatkan diri daripada diserang gajah liar

Baca juga: Aksi comel anak gajah baring keletihan, berjalan sejauh 500km curi perhatian

Dari kiri: Abang mangsa, Borhan dan ibu mereka, Normah

Berikut adalah kronologinya:

1-Ketika mencari petai, kelibat haiwan liar itu muncul di hadapan mereka.

2-Mereka bertempiaran lari mencari tempat bersembunyi.

3-Ketika itu Andy terjatuh dan gajah tersebut terus menyerangnya.

4-Situasi menyedihkan itu turut disaksikan rakan Borhan, Apin yang memanjat pokok manakala dia berjaya melarikan diri ke arah sebuah bukit berhampiran.

5-Borhan menceritakan adiknya ditendang seperti bola dan gajah itu menutup tubuh Andy dengan daun-daun jering.

6-Hampir sejam gajah liar itu duduk dekat mayat Andy sebelum ia berlalu pergi secara perlahan-lahan.

7-Selepas gajah tersebut berlalu, Borhan dan Apin segera membawa jasad Andy pulang ke rumah.

8-Ibu mereka, Normah Yok Isa, 48, ketika kejadian dia bersama suami ke kebun untuk mencari durian.

9-Selepas diberitahu orang kampung kejadian menimpa Andy, Normah bergegas pulang ke rumah dan terkejut melihat tubuh anak kelimanya itu yang berlumuran darah.

10-Biarpun sedih, Normah reda kehilangan anaknya dalam kejadian tersebut.

Tragis dan trauma, serangan gajah adalah perkara yang ditakuti sesiapa sahaja yang memasuki hutan.

Baca juga: Padah cari pasal, pemburu tanduk badak, mati dipijak gajah

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menyarankan 10 perkara berkaitan serangan gajah:

1-Bersihkan semak samun kebun anda.

2-Masuk ke kawasan kebun atau hutan secara berkumpulan.

3-Jika terserempak dengan gajah, segera menjarakkan diri dan bersembunyi di belakang pokok.

4-Sekiranya berlaku pertembungan,elak melakukan perbuatan provokasi atau cubaan mengganggu gajah tersebut.

5-Segera menghubungi PERHILITAN jika terdapat gangguan gajah.

6- Gangguan gajah perlu diadu bagi membolehkan tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan terhadap tanam-tanaman atau bagi mengelakkan gajah-gajah tersebut mengancam keselamatan penduduk.

7-Cara terbaik mengelakkan masalah gangguan gajah ialah dengan penggunaan pagar elektrik yang diselenggarakan dengan baik.

8-Selain pagar elektrik, menara pandang juga boleh membantu meninjau pergerakan gajah.

9-Adakala kakitangan PERHILITAN hanya mengambil tindakan tembak halau terhadap gangguan gajah hanya di kawasan gangguan yang terletak berhampiran dengan hutan besar.

10-Tindakan tembak halau juga dijalankan apabila lokasi kejadian tidak sesuai dijalankan operasi tangkap-pindah gajah.

Baca juga: Sakit dan tertekan emosi punca gajah naik minyak sampai pijak penjaga

Sumber: Sinar Harian, PERHILITAN 1, 2

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca