Kejam! Lima anak kecil dibunuh gara-gara isteri sakit hati suami curang

bunuh anak
bunuh anak
A
A
A

KECEWA dengan sikap suami yang sanggup berlaku curang tanpa rasa bersalah membuatkan segelintir wanita di luar sana ‘rela’ membalas dendam dengan bertindak di luar jangkaan.

Banyak kes dilaporkan khususnya di luar negara apabila para isteri sanggup merancang pembunuhan suami sendiri selepas pasangan kantoi mempunyai skandal baharu.

Tidak kurang juga kes sadis apabila si isteri membunuh diri bersama anak mereka kerana tidak sanggup berdepan ujian dan tekanan hidup.

Barangkali kisah pilu yang berlaku di Solingen, Jerman baru-baru ini membuat ramai buka mata dan sama-sama kita ambil pengajaran.

bunuh anak

Lapor mirror.co.uk, tindakan wanita berusia 28 tahun yang sanggup membunuh anak sendiri membuatkan netizen berang, apatah lagi melibatkan nyawa tidak berdosa.

Wanita yang dikenali dengan nama Christiane dikatakan sanggup memberi dadah dan membiarkan lima anaknya lemas di dalam tab mandi gara-gara sakit hati melihat foto suaminya curang.

Kejadian malang yang direkodkan berlaku pada 3 September 2020.

Difahamkan Christiane terjumpa sekeping foto suaminya bermesra bersama kekasih baharu.

Baca juga Sanggup bunuh isteri, campak anak hidup-hidup dalam tangki minyak, kisah benar wanita malang...

Hal berkenaan telah membuatkannya hilang pertimbangan. Entah apa yang merasuk fikirannya gara-gara bengang yang teramat, dia sanggup membiarkan anak yang masih kecil lemas di depan matanya sendiri!

Silap siapa? Persoalannya, mengapa anak-anak dihukum sedangkan mereka tidak tahu apa-apa!

Menurut pertuduhan kes, Mahkamah Daerah Wuppertal mendedahkan, wanita tersebut memberi dadah kepada lima anaknya iaitu Melina berusia setahun, Leonie (2 tahun), Shopie, 3, Timo, 6, dan Luca berusia 8 tahun.

Kemudian, mereka dibawa ke bilik mandi dan dibiarkan lemas di pangsapuri tersebut.

bunuh anak

Sebelum misi kejam tersebut, Christiane dikatakan sempat menghantar mesej pesanan ringkas kepada suaminya memberitahu bahawa lelaki itu tidak akan berjumpa dengan anak-anak mereka lagi buat selama-lamanya.

Selepas semua anaknya meninggal dunia, wanita tersebut dengan tegar mengeringkan badan si kecil itu dan kemudiannya meletakkan mereka di bilik tidur, seolah-olah tiada apa-apa berlaku!

Dalam laporan tersebut, Christiane kemudiannya cuba membunuh diri dengan melompat di Stesen Kereta Api Düsseldorf Central, namun berjaya diselamatkan orang ramai.

Baca juga Ibu terlalu asyik berkaraoke, tak sedar dua anak jatuh di dalam tangki kumbahan

Meskipun dia mendakwa dirinya dipaksa membunuh anaknya sendiri oleh seseorang yang menceroboh rumahnya, namun siasatan polis menunjukkan bukti sebaliknya.

Malah, pakar psikologi dan psikiatri yang dilantik juga menegaskan tiada bukti ditemui menunjukkan Christiane mengalami masalah mental.

Perjalanan kes memang terlalu panjang. Namun, akhirnya ibu kepada enam cahaya mata tersebut dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

bunuh anak

Apa yang mengejutkan, anak sulung Christiane terselamat kerana tidak berada di rumah ketika kejadian tersebut berlaku.

Mirror turut memaklumkan, remaja berusia 11 tahun itu kini dijaga oleh neneknya, manakala kisah si ayah pula senyap begitu saja.

Bagaimanalah penerimaan budak lelaki itu mengenangkan nasib adik-adiknya yang dibunuh dengan cara yang begitu brutal?

bunuh anak

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Apa yang memilukan, nyawa insan tidak berdosa menjadi galang ganti akibat si ibu tidak mampu menahan perasaan amarah yang meluap-luap.

Meskipun menyesal sekali pun, nasi sudah menjadi bubur.

Moga kisah sadis yang berlaku dijadikan iktibar buat semua khususnya pasangan suami isteri supaya tidak mengambil tindakan terburu-buru jika berdepan dugaan yang sama. #kitajagakita #kitalaluibersama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang