KEMATIAN dicemburui ialah kematian dalam melakukan ibadah dan amal soleh termasuk membaca al-Quran seperti yang dialami seorang wanita di Bandung, Indonesia ini.

Masyarakat di sana gempar apabila video wanita berkenaan yang berada sebuah masjid meninggal dunia selepas khatam al-Quran.

Menerusi video yang viral, wanita tersebut yang memimpin majlis khatam berkenaan terdahulu kelihatan sedang membaca ayat-ayat suci manakala jemaah lain sedang mengamati bacaannya.

Baca juga: Kematian dicemburui husnul khatimah, wanita meninggal dunia dalam sujud

Tidak lama kemudian beliau yang memakai tudung dan jubah putih kelihatan tertunduk seolah-olah sesak nafas.

Beberapa saat kemudian wanita berkenaan mengangkat kepalanya sebelum jatuh terlentang. Detik-detik akhir hayatnya terakam di dalam video

Wanita lain yang turut serta dalam majlis berkenaan panik dan kemudian memberikan bantuan.

Sungguh bertuah wanita ini, meninggal dunia dalam keadaan melakukan amal soleh. Beliau dikenal pasti sebagai jemaah Majlis Taklim Nurannisa.

Baca juga: Rebah ketika rakaat ke-20 solat tarawih, isteri dedah amalan suami tunai tahajud, solat sunat

Baca juga:  Sempat tanya tentang bertemu Rasulullah, warga emas meninggal dunia ketika hadiri ceramah agama

Warganet rata-rata mencemburui pemergian wanita ini dan mendoakan agar beliau dikurniakan kematian yang mulia husnul khatimah.

– “Masya-ALLAH akhir hidup yang sangat indah, insya-ALLAH syurga buat almarhumah.”

– “Innalillahi wa innaillaihi rojiun, Akhi hidup yang banyak diidamkan ramai, moga husnul khotimah buatnya.”

– “Ya ALLAH, kematian yg dicemburui dengan akhir lantunan ayat suci Al-Khaliq. Semoga husnul khatimah.”

Setiap Muslim pasti bercita-cita mendapat pengakhiran yang baik seperti yang diperolehi wanita ini.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, husnul khatimah mempunyai beberapa syarat penting iaitu menganut agama Islam, beriman kepada ALLAH SWT dan melafazkan syahadah sebelum meninggal dunia.

Iklan

Baca juga: Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia ketika solat di masjid

TANDA-TANDA HUSNUL KHATIMAH

Terdapat 10 keadaan yang menjadi tanda-tanda seseorang beroleh husnul khatimah seperti berikut;

1.Mati pada hari atau malam Jumaat.
2.Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
3.Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya.
4.Dia diberikan taufik dan hidayah oleh ALLAH SWT dan beramal soleh sebelum dia meninggal dunia.
5.Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan ALLAH SWT.
6.Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.
7.Meninggal dunia dalam keadaan mati lemas, jatuh bangunan dan syahid di jalan ALLAH SWT.
8.Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.
9.Meninggal dunia kerana mempertahanakan harta dan maruah dirinya.
10.Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

Marilah sama-sama kita berdoa kepada ALLAH SWT agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah SAW serta dalam kalangan orang yang soleh.

DOA MENDAPATKAN HUSNUL KHATIMAH

Iklan

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksudnya: Ya ALLAH, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.

Sumber: Tribunnews, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Zikir untuk 100 kebaikan, dijauhkan 100 keburukan

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.