LAZIMNYA, hanya berat luggage penumpang saja yang ditimbang sebelum terbang, namun lain pula polisi syarikat penerbangan di Finland.

Lapor Business Insider, pengendali servis pengangkutan udara domestik dan antarabangsa, Finnair itu dikatakan memperkenalkan dasar baharu kepada pelanggannya.

Mereka meminta penumpang untuk menimbang berat badan secara sukarela terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Penimbang tersebut diletakkan di pintu pelepasan supaya berat penumpang bersama bagasi tangan dapat diukur dengan tepat.

penumpang

Dasar tersebut dilaksanakan bagi tujuan untuk mengemas kini data berat kargo sekali gus membantu operasi penerbangan yang lebih selamat.

Bagi mereka yang bersetuju dengan arahan tersebut akan diberi pampasan dengan tag bagasi secara percuma.

Setakat artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya 600 penumpang menawarkan diri untuk mematuhi polisi tersebut.

penumpang

Merujuk kenyataan Finnair, data berat berkenaan membantu operasi penerbangan mengikut had kargo yang ditetapkan.

“Data tersebut direkodkan tanpa nama kerana nama penumpang atau nombor tempahan tidak direkodkan bersama beratnya,” katanya.

penumpang

Bagaimanapun, pendekatan syarikat penerbangan tersebut menimbulkan kontroversi sekali gus disifatkan sebagai diskriminasi.

Model, Hayley Hasselhoff dalam perkongsiannya memberitahu, syarat tersebut boleh mengundang kecaman buat mereka yang mengalami gangguan makanan.

“Perkara sama berlaku kepada kawan apabila mereka perlu menimbang berat beberapa jam sebelum berlepas. Ini mencetuskan rasa kurang senang,” kongsinya.

 

Memetik kenyataan ejen pelancongan, Kate Staniforth di MailOnline, syarikat penerbangan sebenarnya boleh menggunakan berat purata yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Memandangkan timbul kontroversi apabila orang ramai menuduh syarikat penerbangan itu ‘memalukan mereka yang bersaiz besar’, jadi ia memberi kesan kepada syarikat penerbangan lain,” katanya.

Dibuang daripada senarai

Tak mustahil, individu yang memiliki lebih berat badan boleh dikeluarkan daripada senarai penumpang meskipun tiket sudah dibeli.

penumpang

Kebimbangan itu ditimbulkan wartawan travel dan hak pengguna, Laura Sanders dalam satu kenyataan di MailOnline.

Sanders memberitahu, dasar tersebut boleh menyebabkan penumpang dikeluarkan daripada penerbangan demi mengurangkan berat kargo.

Baca juga Ular ‘terikut’ dalam penerbangan, cetus situasi panik. Penumpang ‘imaginasi’ seperti filem Snakes On A Plane

“Mereka yang obesiti dan pengembara solo akan terdedah kepada diskriminasi kerana mereka adalah yang paling mudah untuk dialih keluar.

penumpang

Iklan

“Sudah terlambat dan menyusahkan jika anda secara tiba-tiba dihalang untuk terbang gara-gara mengelak untuk ditimbang berat. Ia sangat memalukan,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan supaya syarikat penerbangan meminta penumpang untuk mengisi maklumat diri termasuk berat semasa menempah tiket.

Baca juga Penerbangan ke Kutub Selatan, menaiki helikopter ke Averest. Antara 5 aktiviti pelancongan termahal dunia

Setakat ini, bukan hanya Finnair saja yang memperkenalkan syarat baharu berkenaan.

penumpang

Air New Zealand antara syarikat penerbangan yang sudah menjalankan tinjauan timbang sukarela selama enam minggu pada tahun lepas.

Diikuti Korean Air dan Hawaiian Airlines juga membuat permintaan yang sama untuk penumpang pada tahun lalu untuk memahami purata berat untuk keselamatan dengan lebih baik.

penumpang

Iklan

Selain itu, Uzbekistan Airlines dilaporkan mula menimbang berat penumpang atas sebab yang sama pada tahun 2015.

Apa pandangan kalian jika penumpang tempatan diminta kira berat waima laluan domestik sekali pun?

penumpang

Mungkin lain orang lain pandangan, apa yang penting semua polisi perlu memudahkan semua bukannya sebaliknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang