Penerbangan ke Kutub Selatan, menaiki helikopter ke Averest. Antara 5 aktiviti pelancongan termahal dunia

RAMAI dalam kalangan kita gemar melancong dan percutian mewah pastinya menjadi impian setiap pengembara.

Atas faktor kepuasan dan keselesaan, ada sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan pengalaman percutian yang mengujakan.

Namun begitu, ia bergantung kepada bajet yang kita miliki.

Bagi pelancong yang mempunyai peruntukan yang lebih, mereka mungkin tidak berkira untuk mengeluarkan kos yang tinggi semata-mata bagi memenuhi impian masing-masing.

DailyMail.com baru-baru ini mendedahkan beberapa tarikan pelancongan paling mahal di dunia.

Berikut lima aktiviti percutian termahal dunia. Antaranya:

  1. Penerbangan ke Kutub Selatan: RM279,500 (ASD59,900)

Percutian ke kutub di selatan bumi menjadi destinasi pelancongan paling mahal di dunia.

Pengendali pengangkutan dan logistik, Antarctic Logistics & Expeditions menawarkan penerbangan pergi balik ke White Desert pada harga RM279,500.

Kos tersebut termasuk makanan dan penginapan di Antartika selama enam hingga tujuh hari.

Pengunjung akan dibawa meneroka kawasan sekitar Kem Glasier Union dan berpeluang menaiki pesawat ski ke titik paling selatan bumi.

2. Perjalanan menaiki kereta api mewah British Pullman, United Kingdom: RM17,600 (ASD3,780)

Syarikat Belmold yang terkenal sebagai salah sebuah agensi pelancongan
mewah menawarkan pelbagai pakej perjalanan menaiki kereta api untuk dipilih pelancong.

Salah satu aktiviti termahal yang dikendalikannya adalah dalam bentuk pengembaraan misteri pembunuhan menaiki kereta api mewah Pullman British pada 1951.

Kereta api bersejarah itu akan bertolak dari stesen Victoria di London pada waktu pagi dan pulang pada petang hari yang sama.

 

 

Dengan tiket berharga RM17,600, pengunjung berpeluang untuk duduk di dalam gerabak persendirian.

Mereka juga akan dihidangkan dengan makanan mewah yang mengunakan pinggan mangkuk dan barangan kaca unik.

Pelancong juga akan menerima kotak hadiah dan jambangan bunga.

Baca juga: 10 penyakit paling bahaya di dunia. Rata-ratanya dihidapi rakyat Malaysia

3. Pengembaraan gorila di Rwanda: RM7,000 (ASD1,500)

Pencinta alam semula jadi boleh memasukkan aktiviti pengembaraan gorila dalam ‘wish list’ pengembaraan mereka.

Aktiviti trek di Taman Negara Volcanoes, Uganda itu memberi peluang kepada pelancong mendekati spesies mawas yang kini semakin diancam kepupusan.

Pakej yang ditawarkan terhad kepada maksimum lapan orang dan hanya terdapat 80 permit tersedia setiap hari.

Sebahagian daripada dana permit berharga RM7,000 itu digunakan untuk projek pemuliharaan dan pendidikan di taman negara tersebut.

Baca juga: Usia baru 2 tahun, sudah kenal 195 bendera dunia. Kehebatan Aimen jadi kebanggaan Asia

Iklan

4. Lawatan helikopter ke Gunung Everest di Nepal: RM6,300 (ASD1,350)

Bagi pelancong yang mahu menghampiri Gunung Everest tanpa melakukan pendakian sukar selama berhari-hari, mereka boleh cuba mendapatkan pakej tunggangan helikopter altitud tinggi.

Perkhidmatan berharga RM6,300 yang ditawarkan syarikat Global Holidays Adventure dan akan membawa pengunjung untuk lawatan selama empat jam ke lokasi itu.

Mereka juga akan dibawa melihat pemandangan udara gunung tertinggi lain seperti Lhotse dan Changtse.

Baca juga: Cari peluang pekerjaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Dubai lokasi pilihan nombor satu penduduk dunia untuk berhijrah

5. Pengalaman menikmati masakan cef di Masa Omakase di New York: RM4,400 (ASD950)

Pengembara yang mempunyai cita rasa mewah wajib membuat perjalanan ke Restoran Omakase yang mewah di New York.

Ia menawarkan pengunjung 26 hidangan sushi yang dimasak sendiri oleh Chef Masa Takayama.

Apa yang lebih menarik, mereka boleh melihat secara langsung cef beraksi ketika menyediakan makanan tersebut.

Iklan

Bagaimanapun pakej yang bermula pada harga RM4,400 seorang itu tidak termasuk cukai dan minuman.

Tetamu juga tidak dibenarkan merakam gambar dan video semasa berada di restoran tersebut.

Baca juga: Jelajah dunia magis Harry Potter di Wizarding World Suite. Ramai kongsi keterujaan

SUMBER Nubia Navarro (nubikini) daripada PEXELS.

Aktiviti yang ditawarkan di setiap lokasi sememangnya memberi pengalaman berbeza kepada pelancong.

Pun begitu, kita tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja besar untuk bercuti.

Apa yang penting, kita dapat merehatkan minda semasa bercuti sebelum kembali meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Sumber: Mail Online

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!