Kongsi momen berbuka puasa di Johor, telatah Sonny Bill Williams makan pakai tangan jadi perhatian.'Jom saya bawa makan nasi kandar....'

No Image Caption
A
A
A

GELAGAT spontan pemain ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams ketika belajar cara makan seperti orang Asia, khususnya masyarakat Melayu, mencuri tumpuan ramai!

Dalam hantaran yang dikongsikan, ikon ragbi All Black itu dilihat mencuba menikmati juadah berbuka puasa dalam talam bersama jemaah lain di sebuah masjid di Johor.

Namun yang paling mencuit hati pastinya telatah Bill Williams yang masih kekok dalam cubaan mengaut nasi terus menjadi bualan warga maya.

Bukan untuk mengejek, sebaliknya ramai yang terhibur dan kagum dengan cara atlet ternama itu menyuap makan dengan empat jari sahaja walaupun seakan sukar bagi orang baharu.

Tidak cukup dengan itu peminat juga percaya, Bill William betul-betul ingin merasai pengalaman berpuasa cara orang tempatan apabila beliau duduk bersila di lantai sambil menikmati hidangan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menjengah ke ruangan komen, penyanyi dan pelakon, Alif Satar meninggalkan komen positif dengan mengajak atlet berbadan sasa itu untuk mencuba keenakan nasi kandar.

"Terbaiklah bro! Menu untuk lain kali, saya akan bawa kamu keluar untuk mencuba Nasi Kandar," komen Alif Satar.

Sebelum ini, atlet serba boleh itu menjadi sorotan ramai dengan kehadirannya di Johor Darul Takzim bagi menyambut bulan Ramadhan tahun ini.

Beliau dilihat menunai solat di masjid sekitar Johor bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Katanya lagi, kehadirannya di Johor pada hari kelima Ramadan merupakan pengalaman yang baik dan pengakhiran yang sempurna bagi mengakhirkan perjalanan berpuasa di Malaysia.

"Berbuka puasa bersama saudara-saudara saya di negeri Johor yang indah. Sungguh cara yang istimewa untuk mengakhiri perjalanan saya di Malaysia.

Saya benar-benar semakin menyayangi tempat ini dan penduduknya. Sampai bertemu lagi, insya-ALLAH," tulisnya.

Untuk makluman, kisah penghijrahan Sonny Bill Williams sering menjadi perhatian ramai.

Sebelum ini, William pernah berkongsi titik tolak dirinya dikurniakan hidayah ketika berada di kemuncak kerjaya.

Dibesarkan dalam keluarga beragama Kristian, namun keinginan mencari tujuan hidup menjadi faktor pendorong beliau melafazkan syahadah ketika berusia 25 tahun pada tahun 2009.

Menurut Williams, pengislamannya telah membawa ketenangan jiwa serta membuka lembaran baharu dalam kehidupan.

Beliau kekal teguh dalam mengamalkan ajaran Islam dan tidak ragu-ragu berkongsi pengalaman serta kisah tersebut dengan masyarakat.

Malah, lelaki tersebut sering terlibat dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan, menggunakan platformnya untuk memberi inspirasi kepada golongan muda, terutamanya dalam kalangan komuniti Muslim.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang