Kuasa ALLAH! Rezeki pemuda tunai haji selepas 2 kali penerbangan patah balik. 'Saya tidak akan berganjak kecuali untuk pergi haji'

No Image Caption
A
A
A

KALAU sudah rezeki, tiada siapa boleh menghalangnya. Perjalanan seorang lelaki dari Libya ini untuk menunaikan haji selepas dua kali penerbangannya berpatah balik, menarik perhatian ramai.

Dijemput ALLAH sebagai Duyufurrahman pada tahun ini, kisah luar biasa Amer Al Mahdi Mansour Gaddafi tular di laman sosial selepas menimbulkan keinsafan.

Difahamkan, beliau yang menghadapi kesukaran untuk menaiki penerbangan ke Mekah disebabkan nama keluarganya, Al Gaddafi.

Walaupun kumpulan jemaahnya telah dibenarkan berlepas, Amer terus ditahan oleh pihak imigresen.

Beliau dengan tegas mengatakan, “Saya tidak akan berganjak kecuali untuk pergi haji.”

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, keajaiban berlaku apabila pesawat yang sepatutnya berlepas mengalami masalah teknikal dan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang.

No Image Caption

Selepas pembaikan, pesawat tersebut berlepas semula tetapi menghadapi masalah lain dan terpaksa kembali ke lapangan terbang.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pada percubaan ketiga, juruterbang mengumumkan bahawa penerbangan itu hanya akan diteruskan jika Amer berada di dalam pesawat.

Akhirnya, pihak berkuasa membenarkan Amer untuk menaiki pesawat dan dengan izin-NYA penerbangan itu berjaya berlepas tanpa sebarang masalah.

Kisah ini telah tular di media sosial, yang mana ramai melihatnya sebagai mesej daripada ALLAH.

Amer sendiri menyatakan bahawa beliau hanya ingin menunaikan haji dan percaya bahawa jika itu ditakdirkan, ia akan berlaku.

Malah video memaparkan Amer menaiki pesawat juga viral. Pemuda itu dilihat memimpin seseorang dipercayai ahli keluarganya menuju ke pesawat dengan senyuman penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Kisah inspirasi tersebut mengingatkan kita tentang pentingnya keyakinan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran.

Bagaimana takdir boleh membawa kita ke destinasi yang diingini walaupun melalui jalan yang tidak dijangka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang