'Semoga ALLAH melindungi...' Bella Dally & suami berangkat menunaikan haji
AKTRES dan ahli perniagaan Bella Dally kini dalam perjalanan ke Tanah Suci.
Bersama suami tersayang, Ariff Izuddin Mohd Radzali, duta Ariani itu dilihat berjubah putih semasa menunggu penerbangannya ke Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bella atau nama lengkapnya Nabilah Ali Dally, 34, sempat berkongsi di IG Story momen bermakna perjalanannya bergelar Duyufurrahman.
Menerusi hantaran berkenaan, beberapa rakan selebriti termasuk Uyaina Arshad, Nurin Afiqah, Hawa Rizwana dan Che Puan Syamim Farid turut hadir memberikan kata semangat.

Mereka turut menitipkan doa buat Bella dan suami agar dipermudahkan urusan di Tanah Suci.
"Semoga selamat, sihat, bertenaga, sentiasa hydrated, tenang dan sejahtera," titip Uyaina
"Kami sayang Bella. Baik-baik di sana nanti," kongsi Hawa.
"Melihat Bella menjawab panggilan haji begitu mengharukan. Doamu diterima dengan cara yang paling indah. Semoga ALLAH melindungi dan dipermudahkan perjalananmu.
"Haji yang mabrur Bella, ingat kami dalam doamu," kongsi Syamim.

Sekadar info, Bella yang sah bergelar seorang isteri kepada suaminya, Ariff pada 2019 menjejakkan kaki di Tanah Suci, Mekah pertama kali pada tahun yang sama bagi menunaikan ibadah umrah.
Untuk rekod, bagi musim haji ini, kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia dan mereka dijangka tiba di Madinah dan Makkah secara berperingkat.
Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, setakat ini seramai 25,331 jemaah haji Malaysia telah tiba di Tanah Suci daripada jumlah keseluruhan 31,600 jemaah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
