Kuat jodohnya! Jadi suami isteri selepas 60 tahun cinta terhalang ketika remaja

Kuat jodohnya! Jadi suami isteri selepas 60 tahun cinta terhalang ketika remaja
Kuat jodohnya! Jadi suami isteri selepas 60 tahun cinta terhalang ketika remaja
A
A
A

Kuat jodohnya! Jadi suami isteri selepas 60 tahun cinta terhalang ketika remaja

BENARLAH kata orang, jika sudah jodoh tidak ke mana. Begitulah yang dapat digambarkan kepada pasangan ini.

Bercinta ketika remaja namun dihalang untuk berkahwin, bagaimanapun kerana jodoh yang panjang mereka dapat menyulam kasih kembali yang terhenti selepas 60 tahun.

Sepasang kekasih warga emas akhirnya melangsungkan perkahwinan selepas enam dekad hubungan cinta dihalang ibu bapa kerana mahu berkahwin ketika masih remaja, lapor akhbar Daily Mirror.

Lelaki dikenali Lee Allbrighton, yang pada ketika itu berusia 19 tahun melamar kekasih hati berumur 18 tahun, Jeanette Steer pada 1963 dan merancang ingin berpindah ke Australia.

Lelaki itu kemudian mengembara ke Australia terlebih dahulu dan menanti ketibaan Steer. Bagaimanapun, malangnya harapan mereka musnah apabila perkara itu diketahui oleh ibu bapa Steer.

Ibu bapa wanita itu melarang anak mereka berkahwin dengan pasangannya dan mengarahkan Steer kekal berada di rumah di Isle of Wight, Britain.

Pasangan remaja yang patah hati tersebut kemudian membawa haluan masing-masing.

Baca juga 7 tip bujang cari jodoh Dr Fadzilah Kamsah, pilihlah yang lihat waktu terburuk kita, tidak malas

Gambar fail.

Allbrighton selepas itu berkahwin dengan seorang wanita Australia dan mempunyai tiga anak manakala Steer kekal menetap di Britain sebelum berkahwin dan dikurniakan dua anak.

Setelah perkahwinan Allbrighton berakhir dengan perceraian pada 2015, dia mula menjejaki teman wanita zaman remajanya itu dengan kembali ke Britain sebelum akhirnya bertemu dengan Steer.

Steer yang masih bersuami pada ketika itu kembali berhubung dengan Allbrighton dua tahun kemudian selepas suaminya meninggal dunia akibat kanser.

Pasangan itu kemudian menyambung percintaan mereka dan berkahwin pada bulan lalu ketika berusia 79 dan 78 tahun di hadapan anak, cucu dan cicit mereka.

Sementara itu, ini doa yang boleh diamalkan untuk mempercepatkan jodoh;

1. Doa supaya dikurniakan jodoh yang menenangkan hati;

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penentram hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

2. Doa supaya hidup tidak bersendirian:

رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ

Yang bermaksud:

“Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Dzat Maha Waris Paling Baik.”

Baca juga Jodoh tak panjang, ini perkara penting buat pasangan bercerai ambil tahu

Suami, fahamilah... ini yang tidak terluah oleh isteri

3. Doa untuk seorang lelaki yang menginginkan isteri yang solehah:

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ

Yang bermaksud:

“Tuhanku, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

4. Doa untuk seorang wanita yang ingin dikurniakan suami yang terbaik

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Yang bermaksud:

“Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

Baca juga Lima tahun beza usia, bekas pelajar kini bergelar suami kepada guru sendiri

Jodoh merupakan cerminan diri maka, sentiasa berusaha perbaiki diri dan berdoa agar ALLAH mengurniakan jodoh yang terbaik buat hambaNya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang