Kucing tertua dunia sambut hari jadi ke-30. Rahsianya? Pemilik kongsikan petua si bulus panjang umur
SIBULUS, Millie dari Stockport, Manchester, England menjadi sensasi di media sosial selepas menyambut hari jadinya yang ke-30, sekali gus menjadi kucing paling tua di dunia.
Lapor The Sun US, haiwan peliharaan kepada Leslie Greenhough itu mencipta rekod tersendiri apabila kisah uniknya tersenarai dalam Guinness Book of Records.
Menurut pemiliknya yang berusia 70 tahun itu, rahsia umur panjang buat si comel itu adalah hasil banyak jajan, pelukan manja dan minuman mineral jer.
Nak dijadikan cerita, Milie mula menjadi sebahagian hidup Greenhough sejak tahun 2012 dan ia merupakan haiwan kesayangan mendiang isterinya, Paula.

Lelaki itu sebenarnya sudah lama menyimpan hajat nak masukkan kisah Millie dalam Guinness Book of Records, tapi malangnya beliau tiada bukti rasmi umur kucing itu.
Ini kerana satu-satunya orang yang boleh sahkan ialah Paula, namun wanita itu sudah meninggal dunia pada 2020 akibat wabak Covid-19.

Paula sudah menjaga si Milie sejak umur tiga bulan lagi dan ‘dia’ jugalah antara momen yang paling diingati sepanjang perkenalan bersama isteri kesayangannya itu.
Mereka mula berkenalan di laman dating Plenty of Fish dan semasa gayut dalam telefon, bunyi meow Milie menjadi background muzik mereka setiap kali berbual.
Selepas Paula meninggal dunia, si manja itu pun terkesan apabila ia tak lalu makan.
Mahu tak mahu, Greenhough terpaksa suap dengan isi udang dan ayam, sebelum akhirnya Millie kembali makan makanan kucing macam biasa.
KEK KHAS
Tak seperti kucing biasa lain, ulang tahun kelahiran si Milie disambut penuh sejarah dengan kek khas bergambar lengkap 30 batang lilin.

Cerita Greenhough, waktu ketika itu cuaca agak panas dan kucing tersebut menjilat semua krim atas kek sehingga licin.
Warga emas itu berkongsi petua panjang umur dengan rutin yang dilakukan setiap hari tanpa gagal.

Setiap hari, Milie akan ‘bergurau’ dengannya sebelum lepak atas sofa dan berjemur macam diva.
“Sebelum ni, Millie aktif bermain di luar, tapi sebab pernah dibuli oleh kucing jiran, dia jadi lebih indoor dan berhati-hati.
“Saya percaya sifat berhati-hati ni salah satu faktor umur panjang Millie. Dia sangat pemalu, tapi manja sangat,” ujarnya.

Kongsi bekas penyimpan stor itu, dirinya cukup bangga dengan Milie kerana itu salah satu pencapaian besar buat kucingnya.
“Hari ni, hidup Millie penuh gaya dengan bangun tidur tengah hari, minum air Buxton jer dan makan makanan ‘lauk mewah’ macam udang, salmon, ayam dan tuna.

"Millie memang suka buat hal dia sendiri. Kadang-kadang tidur belakang sofa, kadang atas katil. Sekali-sekala, dia main kat taman. Tapi biasalah, kucing tetap kucing," jelasnya lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

