Lawanya! Petinju Imane Khelif tampil anggun & feminin, saman Elon Musk, JK Rowling kerana buli siber

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS merangkul emas bagi acara tinju wanita Sukan Olimpik Paris 2024, petinju Algeria, Imane Khelif menjadi perhatian ramai selepas muncul dengan gaya feminin.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, atlet berusia 26 tahun itu mengejutkan warganet dengan penampilan memukau dan solekan menyerlahkan sisi kewanitaannya.

Imane anggun muncul memakai blaus bercorak flora dan rambut paras bahu yang dilepaskan dengan solekan yang jarang dilihat sebelum ini. Tidak lupa, petinju itu juga menggayakan pingat emas yang diraih.

No Image Caption

Beliau terdahulu menewaskan juara dunia dari China, Yang Liu, dalam perlawanan akhir kategori 66 kilogram wanita dengan keputusan sebulat suara.

Kemenangan ini diraihnya setahun selepas beliau dilarang bertanding di Kejohanan Dunia kerana gagal dalam ujian kelayakan jantina. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kritikan, Imane tetap bersemangat dan menunjukkan bahawa beliau layak bertanding sebagai seorang wanita.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Imane berkata, serangan terhadap kelayakan jantinanya memberi kemenangan ini rasa yang Iebih istimewa. Beliau menegaskan bahawa beliau adalah wanita seperti wanita lain dan telah hidup sebagai wanita sepanjang hidupnya.

Dalam pada itu, Imane menamakan Elon Musk dan JK Rowling dalam tuntutan mahkamah yang difailkan kepada pihak berkuasa Perancis berhubung dakwaan gangguan buli siber melampau.

No Image Caption

Artikel berkaitan:

Baru 16 tahun, Johan Ghazali petinju Muay Thai negara cipta rekod 36 saat tewaskan jaguh dunia, 10 info mengenainya

Peguamnya, Nabil Boudi yang berpangkalan di Paris itu memberitahu Variety, Elon dan JK Rowling kedua-duanya dinamakan dalam aduan jenayah yang dihantar ke pusat anti kebencian di pejabat pendakwa raya umum minggu lepas.

Saman itu difailkan terhadap media sosial milik Elon, X, yang bermaksud ia difailkan terhadap orang tidak dikenali mengikut Undang-undang Perancis.

Nabil memberitahu, akan memastikan bahawa pendakwaan mempunyai semua latitud untuk dapat menyiasat terhadap semua orang, termasuk mereka yang berkongsi mesej kebencian di bawah nama samaran.

No Image Caption

“JK Rowling dan Elon Musk dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu," tulis Nabil di X.

Nabil turut menyatakan bahawa Donald Trump juga bakal menjadi sebahagian daripada siasatan.

“Trump tweet, jadi sama ada dia dinamakan dalam tuntutan mahkamah kami atau tidak, pastinya dia akan dilihat sebagai sebahagian daripada pendakwaan," tambahnya.

Dalam satu hantaran, JK Rowling berkongsi foto perlawan Imane Khelif dengan Angela Carini dari Itali, menuduh Imane sebagai seorang lelaki yang menikmati kesusahan seorang wanita yang baru ditumbuk di kepala.

Elon pula berkongsi semula siaran perenang Riley Gaines yang mendakwa lelaki tidak termasuk dalam sukan wanita.

Dia muncul sebagai pemenang selepas mengharungi tohamahan dan kebencian yang meluas, di mana dia menghadapi pelbagai gangguan di media sosial mengenai jantinanya.

Sementara itu, Trump menulis: “Saya akan menghalang lelaki daripada sukan wanita,” tulisnya.

Imane mengharungi tohamahan dan kebencian yang meluas, di mana dia menghadapi pelbagai gangguan di media sosial mengenai jantinanya. Hakikatnya, atlet wanita itu mempunyai satu penyakit genetik, dia mempunyai organ seks perempuan, tetapi genetik lelaki (XY) sindrom Swyer atau penyakit genetik 46, XY.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang