Imane Khelif atlet tinju Algeria dianggap 'wanita jadian' Sukan Olimpik Paris, 6 info Swyer Syndrome anda perlu tahu

No Image Caption
A
A
A

ATLET tinju Algeria, Iman Khelif menjadi tular di laman sosial susulan dakwaan sebagai lelaki atau trangender.

Ia susulan keputusan menarik diri serta-merta lawannya pada pentas Sukan Olimpik Paris 2024, petinju Itali, Angela Carini, kerana tidak menerima keadilan yang sepatutnya.

Kem kebangsaan Itali mendakwa Imane merupakan seorang lelaki secara biologinya, dibenarkan bertanding dalam acara wanita dan telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

No Image Caption

Terdahulu, Imane pernah dibatalkan penyertaannya di Kejohanan Dunia akibat gagal dalam ujian kelayakan jantina.

Sebelum memilih untuk mengibarkan bendera putih, Imane telah melepaskan beberapa serangan dan melancarkan tumbukan padu tepat ke arah hidung memaksa Carini mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat tarik diri.

Aksi tersebut telah membangkitkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen di media sosial kerana membenarkan diskriminasi sedemikian berlaku di pentas tertinggi.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Saya tidak kalah, sebaliknya saya hanya menyerah dengan matang," kata Carini yang enggan berjabat tangan dengan wakil Algeria itu akibat kekecewaan yang dihadapinya.

Di sebalik tuduhan beliau transgender, Imane sebenarnya mengalami masalah genetik jarang jumpa dinamakan Swyer syndrome yang mana beliau mempunyai organ intim wanita tetapi genetik lelaki (XY).

Berikut enam info berkaitan sindrom ini yang diperoleh daripada portal rarediseases.org:

1-Kanak-kanak perempuan dengan sindrom Swyer tidak menghasilkan hormon estrogen dan progesteron dan tidak akan mengalami akil baligh.

2-Kebanyakan individu yang menghidap sindrom Swyer tidak mengalami sebarang gejala luaran sehingga awal remaja mereka apabila mereka gagal mengalami haid.

3-Wanita penghidap Swyer syndrome mengeluarkan hormon testosteron yang lebih tinggi.

4-Mereka juga mempunyai ketinggian lebih berbanding wanita biasa.

5-Jika mengalami haid, jumlah darah kurang dan tidak mempunyai payudara untuk menyusukan anak.

6-Oleh kerana wanita dengan sindrom Swyer kekurangan ovari, kesuburan mereka terganggu. Bagaimanapun, mereka boleh hamil melalui implantasi dan bantuan hormon.

No Image Caption

Sementara itu, pengguna Facebook Ahza Adhwa turut berkongsi Imane sejak kecil mengalami sindrom Swyer

"Imane Khelif mempunyai satu penyakit genetik, dia mempunyai organ seks perempuan, tetapi genetik lelaki (XY) sindrom Swyer atau penyakit genetik 46, XY.

"Mereka yang menghidap penyakit ini, mengeluarkan hormon testosteron yang lebih tinggi, kurang darah haid, lebih tinggi daripada wanita biasa, tidak mempunyai payudara untuk menyusukan anak. Imane mungkin mempunyai vagina, tetapi tidak mempunyai rahim," jelasnya.

Tambah Ahza, Imane sebenarnya mempunyai kelemahan sebagai perempuan tetapi kelebihan seorang lelaki. Disebabkan itu, dia mempunyai tumbukan yang cukup keras.

Justeru, Imane bukanlah seorang transgender. Seorang transgender mahu mengubah gendernya dengan keinginan sendiri melalui pembedahan tetapi apa yang terjadi kepada Khelif itu adalah secara semula jadi di luar kemahuannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang