BUNYI jeritan meminta tolong dari dalam kubur memang menyeramkan. Apatah lagi jika ia berlaku dalam keadaan sunyi dan waktu malam.

Mesti merinding bulu tengkuk, kan? Apa yang kalian buat jika berdepan dengan situasi sedemikian?

Jujurnya, pasti ramai yang ambil langkah seribu. Tak pun pengsan disebabkan terlalu terkejut.

Namun, apa yang berlaku di Rio De Janeiro, Brazil baru-baru ini benar-benar memeranjatkan.

Mana tidaknya, pekerja tanah perkuburan di sana mendengar jeritan seorang wanita meminta tolong!

ditanam hidup-hidup

Lapor portal antarabangsa, dawn.com, pada awalnya pemuda itu terkejut apabila melihat kesan darah segar di kawasan tapak lot kubur yang baru ditutup.

Bimbang perkara buruk berlaku, beliau menghubungi pihak polis untuk bantuan lanjut.

Baca juga Pertemuan terakhir tak dijangka, mayat wanita Florida ditemui ditanam selepas seminggu hilang

Ketika tinjauan pasukan penyiasat di kawasan aduan, mereka juga terdengar jeritan dari dalam kubur tersebut.

Mahu tak mahu, mereka terpaksa memecahkan dinding bata kubur bertingkat dan tak sangka, terjumpa seorang wanita yang berlumuran darah.

ditanam hidup-hidup

Selepas dikenal pasti, wanita berusia 36 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan lengan itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

MANGSA DENDAM

Hasil siasatan lanjut, wanita itu dipercayai ditanam hidup-hidup selepas diculik dua lelaki tidak dikenali yang memecah masuk rumahnya.

Mangsa dipercayai ditanam di dalam lot kubur berkenaan lebih 10 jam sebelum berjaya diselamatkan pihak berkuasa.

Iklan

Menurut laporan polis, sebelum kejadian itu berlaku, wanita tersebut bersama suami diserang sekumpulan penjenayah di rumahnya.

ditanam hidup-hidup
SUMBER foto: Pexels.

Punca serangan dan pecah masuk terbabit dikatakan bermotifkan balas dendam selepas stok dadah dan senjata api disembunyikan di rumahnya hilang.

Dalam kejadian menakutkan itu, suami mangsa berjaya menyelamatkan diri tapi malangnya wanita itu berjaya ditangkap.

Baca juga Bimbang mayat kesejukan di dalam tanah, ahli sejarah gali semula dan curi mayat yang ditanam

Disebabkan berang barang hilang dan suami mangsa lolos, penjenayah itu kemudian membawa mangsa ke tanah perkuburan untuk ‘dihapuskan’.

Iklan
ditanam hidup-hidup
SUMBER foto: Pexels.

Aduhai, nasib baiklah pihak polis bertindak pantas dan menyelamatkan mangsa daripada terus tertanam.

Kalaulah pekerja buat tak tahu jer dan abaikan semua itu, tak tahulah apa nasib wanita itu, kan?

Apapun, moga kita dijauhkan daripada segala perkara yang tak diingini. Bulan puasa ini jangan lupa tambah pahala ya…

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.