'Maafkan salah adik, halalkan segalanya' – Mesej terakhir Haroqs sukarelawan termuda Sumud Flotilla Malaysia undang sayu
PESERTA termuda dari Malaysia bagi Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Muhammad Hareez Adzrami lebih dikenali sebagai Haroqs dilihat mencuri tumpuan warganet.
Hantaran IG Story daripada peserta termuda dari Malaysia bagi Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs dilihat mencuri tumpuan netizen
Rakaman mesej antara juruvideo itu dan ibu bapanya sebelum berdepan rejim Isr4el menyentuh emosi ramai pihak di media sosial.

Salah satu tangkap layar mesej menunjukkan Haroqs sedang berbual dengan ibunya, yang sempat mengirimkan ucapan penuh kasih sayang kepada juruvideo antarabangsa itu sebelum mereka tidur.
Menggelarkan dirinya sebagai ‘adik’, Haroqs sempat memberikan ucapan sayang dan kata-kata semangat kepada ibunya bahawa mungkin akan ada berita gembira pada hari keeesokannya.
"Adik sayang mama, mama rehat ok. Insya-ALLAH ada berita gembira pagi esok untuk mama," kongsinya.
Sementara itu kepada bapa, Haroqs memberitahu bapanya bahawa yang bakal berhadapan dengan tentera Zi0nis. Ucapan sayang dititipkan dan dibalas dengan doa serta pesanan ringkas — “jaga diri.”

"Tak lama lagi adik akan berhadapan tentera mereka, doakan baik-baik. Adik sayang pa, jaga diri baik-baik.
"Maafkan salah silap adik dan halalkan segalanya," titipnya.
Haroqs menaiki kapal Free Willy dipintas rejim zionis di perairan antarabangsa pada pukul 7.53 pagi Khamis (waktu tempatan).
Sumber: Thread
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
