Aktivis Global Sumud Flotilla ditahan, Intan Najuwa rancang adakan solat hajat


BERITA penahanan aktivis dari Malaysia yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah menarik perhatian hampir seluruh dunia pada ketika ini.
Impian delegasi membawa bantuan perubatan dan makanan untuk rakyat Gaza kemungkinan tidak kesampaian apabila bot-bot yang membawa aktivis dipintas tentera Israel bermula jam 9.44 malam waktu Gaza.
Setakat ini, 20 orang aktivis dari Malaysia dilaporkan berada di bawah tahanan tentera Zionis, antaranya Zizi Kirana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Musa Nuwayri, Ilyia Balqis, Farah Lee, Zulfadhli Khiruddin dan Sul Aidil.
Turut sama ditahan ialah Rusydi Ramli, Muz Zainal, Haikal Abdullah, Danish Nazram, termasuk terbaharu Muhd Haikal Luqman Zulkefli, Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs) serta Dr Taufiq Mohd Razif.
Berita duka itu turut mendapat perhatian pelakon terkenal, Datin Intan Najuwa yang tampil berkongsi hasratnya untuk mengadakan solat hajat bersama suami dan anak-anak tahfiz khusus buat para aktivis terbabit.
Menerusi perkongsian di Threads, Intan menjelaskan niat itu bukan kerana mahu mengikut trend atau mencari pengiktirafan sesiapa, sebaliknya datang daripada dorongan hati yang ikhlas.
“Orang mungkin mahu menilai apa sahaja jika saya berkongsi perkara ini. Tetapi biarlah jelas, ia bukan kerana takut dilihat ketinggalan atau mencari validasi daripada sesiapa. Saya berkongsi kerana hati saya benar-benar mahu.
"Malam ini, saya bersama suami dan anak-anak tahfiz akan menunaikan solat hajat khusus untuk mereka. Insya-ALLAH, kami akan teruskan selama mana dikurniakan kekuatan.
"Semoga doa kita bersama naik ke langit sebagai satu. Semoga mereka yang diculik tentera Zionis dipelihara ALLAH,” tulisnya.
Bagaimanapun rata-rata pengikut aktres itu tidak melihat dia cuba mengikut trend atau menarik perhatian, tetapi sudah berkongsi perihal GSF dan G4z4 sejak awal lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

