MELOMPAT kegembiraan, demikian aksi seorang wanita yang baharu berpisah dengan suaminya sehingga meraih perhatian warga maya.

Pengguna TikTok @riecheendah memuat naik rakaman video yang dipercayai berlaku di Indonesia. Video tanpa suara dan penerangan berdurasi 15 saat itu memaparkan gelagat seorang wanita di hadapan bangunan Pengadilan Agama Sumbawa Besar, di Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Wanita berkenaan dilihat melangkah keluar dari pintu utama dengan girang sambil membawa beberapa dokumen.

Sambil melompat, dia melambung dokumen dibawa ke udara menyebabkan ia jatuh berserakan. Dia kemudian mengutip kembali dokumen tersebut dan menunjukkan sebuah fail yang tertera ‘Akta Cerai’ ke arah kamera.

Baca juga: Wanita ditembak bekas suami, tidak boleh terima kisah penceraian jadi ‘viral’ TikTok

Meraih 3.3 juta tontonan dan lebih 133,000 tanda suka, video berkenaan menjadi tular di laman sosial TikTok sebelum dimuat turun dan dikongsikan di platform media sosial lain.

Warga maya memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata tertarik dengan gelagat wanita berkenaan.

Malah ada yang mengatakan wanita yang baharu menghadapi penceraian lazimnya sedih dan sugul memikirkan tentang kehidupan selepas itu serta anak.

Ujar mereka:

-“Merdeka yang sesungguhnya.”

-“Saya ketika bercerai sedih memikirkan anak.”

-“Mungkin sepanjang hidupnya menghadapi penderitaan, jadi dia gembira kerana berjaya melepaskan diri.”

-“Sangat lega.”

-“Di sebalik cerita bahagia ceria ada luka.”

Baca juga: Suami kerap perlekeh badan isteri terlalu gemuk hingga jadi punca penceraian, ini nasihat pakar

Iklan

5 INFO BERKAITAN ‘IDDAH

Islam memberikan panduan yang jelas tentang nikah, cerai dan rujuk sebagai hukum yang wajib dipatuhi umatnya.

‘Iddah adalah suatu tempoh masa yang perlu dinanti oleh seseorang perempuan yang diceraikan oleh suami bagi mengetahui rahimnya bersih daripada mengandung untuk mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain.

Image by CQF-avocat from Pixabay

Iklan

Wanita tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat tempoh iddah. Berikut lima info berkaitan ‘iddah:

  1. Menurut Pejabat Mufti Wilayah persekutuan, ‘iddah bagi wanita yang bercerai hidup dan masih mempunyai haid adalah tiga kali suci.
  2. Bagi wanita yang mengalami istihadah dan lupa hari kebiasaan haidnya, tidak mengingati kadar serta tidak mampu membezakan darah (mustahadah mutahayyirah), ‘iddahnya adalah tiga bulan
  3. Sementara itu, wanita istihadah yang dapat mengingati hari kebiasaan haidnya maka tempoh ‘iddah wanita tersebut dengan haidnya iaitu tiga kali suci.
  4. Manakala ‘iddah bagi wanita yang menopaus (putus haid) yang bercerai hidup dan ketiadaan haid ialah tiga bulan.
  5. ‘Iddah wanita istihadah yang bercerai mati adalah empat bulan 10 hari dan iddah wanita yang mengandung pula selepas melahirkan anak.

Baca juga: Kejam! Ibu, anak 2 tahun disiram air panas gara-gara tolak ajakan rujuk bekas suami

Sumber: TikTok @riecheendah, Pejabat Mufti Wilayah persekutuan, esyariah.gov.my, MAIS

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.