Menara jam di Mekah disambar petir ketika ribut, jurugambar kongsi detik rakam panahan

SEMALAM beberapa foto dan video tular di media sosial menunjukkan saat Menara Jam terkenal Arab Saudi, Abraj Al-Bait yang menghadap Kaabah di Mekah dipanah petir.

Jurugambar, Youssef Bajjash antara salah seorang yang sempat merakamkan detik panahan petir itu menyambar menara jam terbesar di dunia itu lalu menerangi seluruh bandar.

“Sebaik sahaja awan mula terbentuk di Mekah, saya bergegas mencari sudut untuk merakam detik kilat menyambar.

“Saya dapat merakamkan saat kilat menyambar Menara Jam Mekah yang menghasilkan pemandangan yang indah ini,” kata Youssef Bajjash memetik laporan media Al Arabiya.

Baca juga Subhanallah! Cantik dan kreatif si pengukir kota Mekah ini

Kredit foto: Instagram youssef_bajjash
Kredit foto: Instagram youssef_bajjash
Kredit foto: Instagram youssef_bajjash

Baca juga ‘Dulu rindu terus daftar, cari hotel & tiket penerbangan.’ Siti Nurhaliza luah rasa hati tak dapat tunai umrah tahun ini

Kredit foto: Instagram youssef_bajjash

Suasana di Masjidil Haram bertukar panik seketika apabila ribut petir dan hujan lebat melanda kotanya dan beberapa kawasan sekitar secara tiba-tiba dalam waktu Maghrib, pada Rabu.

Berdasarkan video tular yang dikongsi di media sosial, jemaah yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib dilihat cemas akibat ditiup angin kencang.

Pada masa sama, penghadang di pekarangan Masjidil Haram dan beberapa jemaah kelihatan turut diterbangkan oleh angin kuat.

Iklan

Baca juga Pemuda OKU nekad tunai haji berjalan kaki sudah sampai di Makkah, 9 info menarik berkaitan

Insiden itu memaksa Pusat Meteorologi Kebangsaan membunyikan paras amaran kepada merah iaitu tertinggi.

Media Al Arabiya turut berkongsi video dirakamkan oleh pekerja pembersihan di halaman Kaabah yang bergelut untuk berdiri teguh ketika angin kencang membadai mereka.

Sumber: ummahtoday

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!