'Mereka rampas rumah kami.' Bapa Bella Hadid kongsi pernah dihalau hingga jadi pelarian oleh keluarga Y4hudi menumpang rumah

A
A
A

SEMENJAK konflik P4lestin melanda, nama Bella Hadid, Gigi Hadid dan bapa mereka Mohamed Hadid menjadi sebutan ramai.

Keberanian dua beradik kacukan Belanda-P4lestin rupanya berkait rapat dengan darah yang mengalir daripada bapa.

Lebih-lebih lagi apabila nenek dan datuk mereka yang diperlakukan kejam oleh bangsa penjajah Isr4el hingga rumah dirampas dan dihalau!

Jutawan pemaju hartanah ulung berpangkalan Amerika Syarikat, Mohamed Hadid atau nama penuhnya Mohamed Anwar Hadid, 75, rupanya pernah melalui kenangan pahit sehingga dihalau dari bumi kelahirannya sendiri pada usia sembilan hari!

Mohamed dilahirkan dalam keluarga Muslim di Nazareth, P4lestin pada tahun 1948.

Bapanya, Anwar Taleb Mohamed Hadid manakala ibu, Puteri Khairiah Daher Hadid merupakan keturunan pemimpin Arab pada abad ke-18 dari utara P4lestin.

Baca juga: Bella Hadid lantang bela Palestin, Dior gugurkan ganti dengan model berbangsa penjajah

Mohamed dalam hantaran di Instagram berkongsi kisah duka. Katanya bapanya sangat baik kerana memberi tempat tinggal kepada orang Yahudi.

"Pada tahun 1942, mereka mempunyai tiga anak perempuan dan saya adalah anak terakhir yang bertuah kerana dilahirkan di Nazareth, Palestin.

"Ibu saya meninggalkan Safad ke rumah ibu bapanya di Nazareth.

"Saya berumur sembilan hari ketika ibu dan kakak saya berumur setahun setengah.

"Tetamu yang kami pelawa tinggal bersama selama dua tahun setengah mengurung kami keluar dari rumah kami sehelai sepinggang.

"Malah dia tidak benar kami ambil selimut untuk saya yang masih bayi.

"Rupa-rupanya ketika itu seluruh kota Safad termasukrakan beragama Kristian mengalami situasi sama.

“Mereka (keluarga Y4hudi) rampas rumah dan kami jadi pelarian," titipnya tentang kekejaman 'tetamu' tidak berperikemanusiaan itu.

Baca juga: #SiBibirMerah: Bella Hadid tak peduli kecaman Israel, ketepikan kemasyuran demi #FreePalestine

Keluarga Y4hudi berkenaan ialah pelarian dari Poland dan terpaksa menaiki kapal ke satu negara ke negara yang lain namun tak ada yang mahu menerima mereka.

Melalui hantaran status berkenaan, turut disertakan sekeping foto lama hitam putih allahyarham ibu bapanya masing-masing segak dan jelita mendondon busana perkahwinan.

"Terima kasih Syria, Lubnan dan Tunisia kerana menjadi tuan rumah kepada kami dan Jordan. Memberi kami pasport dan identiti.

"Terima kasih Amerika kerana memberikan kehidupan yang indah.

"Kepada ibu bapa saya, kalian benar-benar menderita tetapi anda telah menyelamatkan kami.

"Namun tidak pernah mengajar kami membenci," titip Mohamed.

Baca juga: Berasal dari Gaza, bapa mentua Ramona Zamzam terganggu emosi susulan kekejaman, elak jumpa cucu

Keluarga Hadid telah berpindah ke Washington ketika Mohamed berusia 14 tahun. Dia kemudiannya memulakan kerjayanya dengan memperbaiki dan menjual kereta-kereta klasik sebelum berpindah ke Greece dan membuka kelab malam di sebuah pulau di sana.

Dengan menggunakan keuntungan yang diperolehi, Mohamed memulakan perniagaan hartanahnya.

Mohamed pernah berkahwin dengan seorang wanita bernama Mary Butler pada tahun 80-an dan dikurniakan dengan dua cahaya mata perempuan, Alana dan Marielle.

Pasangan itu berpisah pada 1992 dan Mohamed berkahwin dengan model Belanda, Yolanda pada 1994 dan mendapat tiga orang anak iaitu Jelena Noura Hadid atau Gigi, Isabella Khair Hadid atau Bella dan Mohamed Anwar Hadid.

Kesemua anak-anak Mohamed dan Yolanda merupakan nama besar di pentas peragaan antarabangsa.

Mohamed dan Yolanda bagaimanapun bercerai pada tahun 1998.

Sumber: Instagram Mohamed Hadid

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang