HIDUP dilingkari kemewahan, isteri jutawan Dubai, Soudi Al Nadak, 26, menjadi perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa suaminya berjanji untuk membayar sebanyak AS$300,000 (RM1.39 juta) sebelum dia bersetuju untuk hamil.

Isteri jutawan, Jamal Al Nadak, 32, dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu sering berkongsi gaya hidup mewah yang menjadi idaman ramai wanita di laman sosial TikTok.

Wanita dari Sussex, Britain itu baru-baru ini mendedahkan perihal syaratnya sebelum menambah ahli keluarga baharu.

Selain ‘elaun’ kehamilan, wanita itu turut menuntut pelbagai bayaran dan hadiah.

“Sebelum saya hamil, ini semua adalah perkara yang tidak boleh dirunding.

“Ini termasuk untuk sesi terapi, fisioterapi, jurulatih peribadi, akupuntur dan sesi urut untuk bayi juga.

“Saya kena sentiasa cergas dan sihat demi untuk suami dan bayi,” katanya yang merujuk kepada syarat-syarat kehamilan.

Soudi menjangkakan akan dibayar elaun setiap kali hamil dan mendapat akses penuh kepada kad kredit suaminya jika memerlukan.

Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai akses penuh kepada kad suami jika berlaku kecemasan.

“Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini adalah untuk setiap bayi. Ini bermaksud untuk seorang, ia akan menjadi AS$300,000 dan untuk dua bayi, nilainya sebanyak AS$600,000 (RM2.79 juta).

Dalam video berasingan, wanita itu turut mendedahkan hadiah-hadiah yang dituntut daripada Jamal.

“AS$100,000 (RM462,900) untuk gender reveal di Burj Al-Arab, AS$150,000 (RM694,350) untuk kos pembedahan oleh pakar bedah terkemuka di Amerika Syarikat, sebuah beg tangan jenama Dior dan sebuah kapal layar jika menimang anak lelaki,” kongsinya.

Antara hadiah paling mahal yang menjadi syarat ialah sebuah banglo mewah 20 bilik.

Baca juga: Terima mas kahwin 1 bilion termasuk 500 gram emas, pernikahan anak pendakwah ini buat ramai ternganga, bertuah badan!

Baca juga: Nafkah RM2.1 juta sebulan, ada 16 pembantu, wanita isteri bilionair hanya perlu berdandan cantikkan diri

Baca juga: “Kahwin orang internet tapi…” Jutawan Irfan Khairi dedah isteri, anak tak ada akaun media sosial

“Saya fikir (permintaan) ini munasabah, adakah saya (terlupa menyenaraikan) apa-apa lagi?” titip Soudi menerusi akaun TikTok @soudiofarabia.

Warga maya memuji prinsip Soudi yang meletakkan syarat buat suami jutawannya. Namun segelintir menganggapnya sebagai sekadar satira.

– “Semua wanita harus mempunyai piawaian ini.”

Iklan

– “Jika saya mempunyai suami jutawan, saya pun akan mengatakan perkara yang sama.”

– “Inilah yang sepatutnya kerana kehamilan dan kelahiran sangat menyakitkan. Kalau mampu apa salahnya.”

Memiliki 1.2 juta follower di laman sosial itu, ramai wanita mencemburui gaya hidup mewah Soudi yang sering dimanjakan dengan hadiah mahal dan kesenangan.

Terdahulu, wanita itu mendedahkan suaminya tidak membenarkan beliau menggunakan wang poket sendiri, sebaliknya semua perbelanjaan ditanggung lelaki tersebut. Beliau juga selalu berasa jengkel kerana dikawal pengawal peribadi 24/7.

Mendirikan rumah tangga pada 2020, Soudi dan Jamal terdahulu bertemu dan bercinta ketika melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Dubai tujuh tahun lalu.

Baca juga: Hanya jual daun ketapang kering dengan modal RM8, rezeki terpijak buat pensyarah ini bergelar jutawan eBay

Iklan

Baca juga: Pilih keturunan British, jutawan terlalu inginkan anak jalani IVF sendirian dikecam warganet

Baca juga: Yakin anak boleh berdikari, jutawan agih $20 juta kepada badan kebajikan

Sumber: TikTok @soudiofarabia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!