Miliki dua ijazah & mahir tiga bahasa namun sukar dapat kerja, wanita ini luah rasa sedih

A
A
A

MEMILIKI ijazah dan kemahiran bahasa tidak menjamin seseorang itu mudah mendapatkan pekerjaan.

Itu yang terjadi kepada Lohanny Santos, 26, dari New York, Amerika Syarikat yang bergelut mencari peluang untuk bekerja.

Wanita dari generasi Z itu pada mulanya mempunyai harapan bahawa ijazah merupakan tiket untuk berada dalam bidang profesional namun ia cuma sekadar angan-angan.

Baca juga:‘Hadiah paling dahsyat, Kaabah depan mata.’ Norreen tunai umrah, anggap sambutan hari lahir paling bermakna

Lohanny meluahkan kebimbangan dan kesedihan menerusi video di Twitter.

"Saya terus pergi ke tempat tersebut untuk ditemuduga dan sejujurnya, saya rasa amat malu.

"Ini kerana saya hanya memohon pekerjaan dengan gaji paling minimun,” katanya.

Wanita berkenaan berkongsikan kisah yang dialaminya sambil menangis teresak-esak dengan memegang resume di tangan.

Baca juga:‘Abang cuba cari depan sana…’ Pesawat terhempas di Kapar, penduduk bantu pasukan keselamatan kesan mangsa

Lohanny menjelaskan, dia tidak menjangka situasi yang mana memiliki dua ijazah dalam komunikasi dan lakonan serta kemahiran tiga bahasa sehingga kini masih buntu mendapatkan pekerjaan.

Yang lebih menyedihkan, untuk memohon pekerjaan di restoran makanan segera juga disifatkan sukar.

"Zaman semakin kompetitif dan tidak dapat diramalkan. Situasi ini ternyata memberi tekanan kepada saya.

"Mungkin perlu menjadi seorang TikToker, tidak boleh berdelusi kerana sekarang yang utama menghasilkan wang dan saya tidak akan putus asa," ujarnya.

Baca juga:Akibat terpesona, tidak peduli amaran, warga emas maut diserang buaya

Bagaimanapun, Lohanny berkata, semua orang sedar bahawa tidak boleh bergantung kepada populariti dan media sosial sebaliknya pendapatan tetap perlu ada untuk kehidupan yang stabil.

Video berdurasi 1 minit itu menerima lebih 8,000 like dan 3,200 komen di Twitter.

Isu tersebut juga menimbulkan persoalan bahawa masalah graduasi melebihi bilangan jawatan yang ada turut dihadapi seluruh dunia.

Is sekali gus membuktikan, kemahiran yang dimiliki melalui ijazah juga bukan satu jaminan mudah untuk mendapatkan pekerjaan.

Sumber: Opoyi Central

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang