SEBUAH kapal wap buatan British yang dinamakan sebagai SS Nemesis sangat terkenal dengan pelbagai kisah misteri selepas dikatakan hilang lebih 120 tahun.

Mana tidaknya, bahtera yang membawa muatan batu arang itu lenyap bersama 32 kru selepas dikatakan dalam perjalanan ke Melbourne, Australia pada tahun 1904.

Menurut The Independent, kali terakhir ia dilihat belayar ke dalam ribut menuju ke Australia sebelum dilaporkan gagal dikesan oleh pihak berkuasa.

Dalam tempoh beberapa minggu  selepas kehilangan kapal tersebut, mayat anak kapal bersama serpihan kapal ditemukan bergelimpangan di luar pantai Australia.

kapal misteri

Bagaimanapun, lokasi karam SS Nemesis pada ketika itu tidak dapat dikenal pasti sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi termasuklah unsur mistik.

Nak dijadikan cerita, bangkai kapal tersebut akhirnya ditemui di luar pantai kawasan Sydney iaitu kira-kira berada pada kedalaman 160 meter di bawah air.

 

Memetik kenyataan Kementerian Alam Sekitar dan Warisan New South Wales (NSW), pihaknya mengesahkan ia adalah SS Nemesis yang hilang selepas selesai membuat semakan terperinci.

“Misteri SS Nemesis berusia 120 tahun dan 32 anak kapal yang hilang di laut sudah berjaya diselesaikan,” kata wakil pegawai yang mengisytiharkan kenyataan berita baru-baru ini.

kapal misteri

Pegawai NSW berkata, mereka kini akan mencari ahli keluarga anak kapal yang terdiri daripada warganegara Australia, British dan Kanada yang terkorban dengan kapal seberat 1,393 tan itu.

Kira-kira separuh daripada anak kapal itu juga berasal dari United Kingdom termasuklah kapten, Alex Lusher, pegawai kanan, TA Renaut dan pegawai kanan kedua, WD Stein.

Pencarian tak dirancang

Sebenarnya, bangkai kapal stim itu ditemui dengan cara tidak sengaja oleh sebuah syarikat, Subsea Professional Marine yang sedang mencari kargo hilang di lautan tersebut.

kapal misteri

Menurut rekod, mereka menemui bangkai kapal di kawasan itu pada tahun 2022, namun ketika itu identiti sebenar belum dapat dikenal pasti sebagai SS Nemesis.

Baca juga Misteri remaja 15 tahun terjatuh dari kapal mewah. Percutian menjadi mimpi ngeri kepada semua penumpang

Sehinggalah pada September 2023, Agensi Sains Kebangsaan Australia (CSIRO) menemui bukti kukuh menerusi imej bawah air yang menunjukkan ciri-ciri jelas kapal tersebut.

kapal misteri

Kapal penyelidikan agensi itu, RV Investigator menggunakan echosounder multibeam canggih untuk memetakan serpihan manakala kamera bawah air digunakan bagi mendapatkan imej resolusi tinggi kapal karam itu.

Baca juga Kapal selam bawa 4 pelancong termasuk seorang hartawan teroka kapal Titanic hilang, 9 info berkenaan

Foto menunjukkan meskipun kapal yang rosak teruk, namun ia masih gah tersergam di atas dataran pasir.

kapal misteri

Juruukur hidrografi CSIRO, Phil Vandenbossche menerangkan, pemeriksaan visual mendapati struktur utama kapal masih kukuh termasuk dua sauh yang terletak di dasar laut.

Baca juga Kebetulan memilukan, isteri CEO syarikat kapal selam OceanGate yang maut rupanya cicit korban Titanic

“Selepas kajian dibuat, para penyelidik merumuskan bahawa kapal tersebut tenggelam selepas dilanda ombak besar yang mana menjejaskan enjin utama.

kapal misteri

Iklan

“Faktor kerosakan yang teruk menyebabkan kapal tenggelam terlalu cepat dan bot penyelamat juga tidak sempat dilepaskan untuk menyelamatkan kru,” katanya.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Warisan NSW, Penny Sharpe menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang selama ini masih menunggu berita mengenai ahli yang masih hilang.

kapal misteri

“Kira-kira 40 kanak-kanak kehilangan ibu bapa mereka yang terkorban di dalam bangkai kapal ini dan saya berharap penemuan ini menghentikan penantian mereka.

“Kehilangan SS Nemesis telah digambarkan sebagai salah satu misteri maritim Sydney yang paling kekal, malah digambarkan oleh penyelidik kapal karam sebagai holy grail.

“Terima kasih kepada kerjasama dengan CSIRO dan Subsea yang menggunakan teknologi moden. Akhirnya Heritage NSW dapat menulis bab terakhir cerita SS Nemesis dalam sejarah,” katanya.

kapal misteri

Untuk rekod, lebih 200 bangkai kapal masih dikatakan hilang di luar pantai NSW.

Antara kapal yang berjaya ditemui seperti MV Blythe Star yang berusia setengah abad pada tahun lepas.

Iklan

Sebuah kapal dagang perang milik Sepanyol yang terkenal dengan jolokan ‘The Holy Grail of Shipwrecks’ juga ditemui dan kini dalam proses untuk dinaikkan dari dasar laut.

kapal misteri

kapal misteri

kapal misteri

kapal misteri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!