Misteri kehilangan pasangan dari Hickman County terjawab, ini cerita sebenar yang buat ramai tergamam

A
A
A

BAYANGKAN apa perasaan anda apabila adik beradik atau teman rapat gagal dihubungi atau lost contact secara tiba-tiba?

Keadaan itu sudah tentunya membuatkan kita tertanya-tanya.

Sedangkan tidak dapat call atau bermesej lebih sehari pun sudah tidak tenang, inikan pula dikatakan hilang lebih 10 hari tanpa sebarang berita.

Pastinya ia mengundang misteri apatah lagi mempunyai anak yang masih kecil.

Sudah tentu isu keselamatan dan keberadaan mereka menjadi fokus utama.

Misteri kehilangan pasangan dari Hickman County

Itulah yang berlaku di Tennessee, Amerika Syarikat baru-baru ini apabila pasangan yang juga bakal pengantin hilang secara misteri.

Lapor wsmv.com, Jeremy Cook, 39, yang berasal dari Hickman County dikatakan kali terakhir dilihat pada 16 Januari lalu.

Turut dilaporkan hilang, tunangnya, Johanna Manor, 28, bersama anak perempuannya, Adalicia Manor, 8.

Baca juga Misteri hilang makanan, wanita disangka hantu rupa-rupanya tinggal di kabinet dapur lebih dua minggu

Misteri kehilangan pasangan dari Hickman County

Sebenarnya, kehilangan mereka disedari selepas beberapa siri panggilan telefon tidak berjawab dan mangsa juga dikatakan tidak muncul di tempat kerja seperti biasa.

Lebih membimbangkan, Adalicia juga tidak hadir ke sekolah.

Kecurigaan semakin bertambah apabila pengasuh yang bekerja di rumah pasangan tersebut gagal menemui majikannya dan meminta bantuan pihak polis.

Baca juga Hilang selepas hiking, misteri kematian pasangan suami isteri, anak dan haiwan peliharaan akhirnya terjawab

Malangnya, siasatan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah memandangkan tiada tanda pecah masuk atau rompakan atau penculikan.

Pun begitu, selepas tidak muncul-muncul hingga 23 Januari lalu, kehilangan mereka akhirnya direkodkan dan siasatan menyeluruh dibuat.

Misteri kehilangan pasangan dari Hickman County

Pasukan keselamatan membuat carian di kawasan selatan Nashville selepas memeriksa tanda isyarat panggilan terakhir pasangan berkenaan.

Apa yang mereka temui cukup menyedihkan apabila kereta pasangan malang itu ditemui sejauh 125 kaki ke kawasan semak di bawah jambatan.

Merujuk portal tersebut, hasil laporan polis mendapati kereta yang dipandu mangsa dikatakan terbabas akibat jalan licin.

Baca juga Diseksa dan dirogol sebelum dikurung ruang bawah tanah, misteri kehilangan gadis 19 tahun terjawab

Misteri kehilangan pasangan dari Hickman County

Keadaan kawasan semak yang tebal menyebabkan kenderaan mangsa gagal disedari orang ramai termasuk penduduk setempat.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di dalam kenderaan berkenaan dan dibawa ke hospital berhampiran untuk dibedah siasat.

Kejadian kemalangan itu mengundang tanda tanya penduduk setempat memandangkan tiada kerosakan pada jambatan tersebut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Misteri kehilangan pasangan dari Hickman County

Aduhai sedihnya, mesti ramai yang menyimpan harapan untuk melihat mereka dengan keadaan selamat.

Namun, ketentuan takdir tiada sesiapa pun tidak mampu menduga. #kitajagakita #kitalaluibersama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang